Tuesday, February 22

Zafrul anak emas wahid ?

Kenyataan Tengku Zafrul adalah peribadi


KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kritikan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar) terhadap Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad baru-baru ini merupakan pandangan peribadi.

Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kehadiran Tengku Zafrul ke forum berkenaan adalah atas kapasiti peribadi dan bukannya mewakili organisasi tersebut.

"Beliau sudah memaklumkan kepada saya tentang perkara tersebut dan saya yakin Tengku Zafrul sudah menghantar surat permohonan maaf kepada Pengerusi Felda pada hari pertama (isu tersebut timbul), " katanya.
Beliau menyatakan demikian selepas mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama 2011 kumpulan perbankan tersebut di sini hari ini.

Pada forum tersebut, Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi Felda telah memberi isyarat yang salah kepada pasaran sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur.

ihsan -  utusan online

komen warisan - bro wahid, u wajar pecat perkhidmatan zafrul atas kesalahan disiplin.

bro wahid u fikirkan leh dia tu ceo glc yang gajinya puluhan ribu ringgit tapi malang nya dia tidak ada jati diri mempertahankan dasar kerajaan DS Najib. sebaliknya di hantam pulak keputusan DS Najib yang telah lantik isa sebagai pengerusi felda.

kami blogger tak kisah pun yang zafrul ini kroni KJ yang dilantik sebagai ceo GLC ini, tapi bila dia sudah tak reti bahasa, dia wajar disekolahkan semula bro.

bro wahid, u wajar hantar semua senior n junior management u ke kursus btn lah bro !

No comments: