Tuesday, March 8

Al Juburi bolos - terlepas bukti utama



kes liwat 2 anwar pagi tadi, memerintahkan tiga barangan - berus gigi, botol air minuman dan tuala 'Good Morning' tidak boleh diterima sebagai bukti.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman dalam bicara dalam perbicaraan berkata barangan berkenaan diperolehi dengan cara yang tidak sah.

"Mahkamah mendapati tiga barang itu diperoleh secara tidak adil. Barang-barang dan perkara yang berkaitan akan ditolak daripada perbicaraan ini,” katanya.

Justeru, katanya, sampel DNA yang diperolehi itu juga tidak boleh diterima dan memerintahkan barang-barang berkenaan diketepikan.

Ketiga-tiga barang berkenaan diperoleh daripada lokap bahagian jenayah berat ibu pejabat kontinjen Kuala Lumpur pada 17 Julai 2008.

maka bersorak sorai lah pengikut anwar di mahkamah. mereka kata bukti dna ditolak oleh mahkamah maka sahlah anwar akan lepas dari tuduhan liwat.

warisan nak ucapkan tahniah atas kebijaksanaan pasukan pendakwa. juga atas kebijaksanaan YA Hakim yang menolak bukti ini.

maka kini pasukan pendakwa cuma ada satu pilihan iaitu memohon mahkamah untuk mengambil sample darah anwar samada ianya sama dengan bukti dna saiful. 

tetapi adakah itu boleh dilakukan dalam keadaan mahkamah telah jauh kehadapan perjalanan nya.

No comments: