Thursday, March 10

Anwar enggan serah sample darah

Pegawai penyiasat dalam kes liwat Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau memutuskan untuk menahan tertuduh semalaman kerana peraturan lokap tidak membenarkan rakaman percakapan dibuat selepas 6 petang.

Superintendan Judy Blacious Pereira menjelaskan ketika beliau membawa balik Anwar selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur pada 10.25 malam, 16 Julai 2008, beliau tidak dapat menghabiskan soal siasat mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah ke atas saksi (ketika itu) kerana hari sudah lewat dan peraturan lokap tidak membenarkannya menyoal siasat pada waktu malam.
Sehubungan itu, Judy berkata beliau terpaksa menahan Anwar semalaman di dalam lokap Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur supaya dapat menghabiskan soal siasat keesokan harinya.

Ketika pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, Judy berkata beliau telah memulakan rakaman percakapan pertama pada pukul 2.45 petang di bilik mesyuarat Bahagian D9, IPK KL dan selesai pada 5.40 petang.

Katanya, sepanjang rakaman dibuat, peguam R. Sivarasa berada bersama Anwar dan tertuduh telah dibawa ke HKL pada pukul 8.30 malam untuk tujuan mengambil sampel darah.

Saksi pendakwaan terakhir itu, berkata walaupun Anwar bersetuju untuk pemeriksaan perubatan tetapi tidak membenarkan pengambilan sampel setelah mendapatkan nasihat peguam Sivarasa dan seorang lagi peguam yang beliau hubungi melalui panggilan telefon.

Ditanya apakah alasan Anwar, Judy berkata tertuduh memberikan alasan pengalaman yang beliau lalui di HKL pada 1998 tetapi saksi memberitahu mahkamah tidak tahu apakah pengalaman yang dirujuk oleh Anwar.

Judy berkata ketika beliau mengiringi Anwar bersama seorang pegawai lain ke lokap, beliau ada melihat tertuduh membawa bersama sebotol air mineral.

1 comment:

vulcan933 said...

anwar ni bukan anak jantan.gay