Monday, March 21

Awas - lelaki Y nak jadi CM Sarawak


perlembagaan sarawak atau undang-undang tubuh Sarawak tidak menyebut CM mestilah orang sarawak atau lahir di sarawak atau pemastautin di bumi kanyalang. ia juga silent mengenai asal usul atau bangsa atau agama atau keturunan seseorang bakal CM.

setelah peristiwa 16 september lenyap, kini lelaki Y menanam hasrat untuk menjadi CM Sarawak bagi menggantikan Taib Mahmud. katanya kalau tak dapat jadi PM, dapat jadi CM cukup lah.

khabarnya DAP dan PAS juga telah sebulat suara bersetuju dengan hasrat lelaki Y itu. ia diputuskan dalam mesyuarat presiden-presiden pakatan di Ibu Negara minggu lepas.

sebelum itu lelaki Y itu telah mendapat persetujuan dari pkr sarawak untuk dia menjadi CM di Sarawak. khabarnya mereka sudah mengenal pasti 1 kerusi DUN selamat yang bakal ditandingi lelaki Y itu.

kalau benar lah sumber lapuran ini maka sahlah hasrat pkr yang mahu menjajah bumi Sarawak.

No comments: