Monday, March 28

Yb Mike Kapar makin pasti tinggalkan Pkr

Takziah kepada mike Yb Kapar kerana team nya tewas dalam pemilihan pkr cabang kapar.

Team mike tewas semua kecuali tapi beliau menang seorang jawatan timbalan ketua Cabang.

Team Azizi Ayob bersama Maneyvanan menang disamping 14 ajk nya yang lain.

Dalam pemilihan wanita team azizi Rozilah Hanim Salleh menang ketua wanita tapi kalah timbalan dan naib wanita.

Dalam pemilihan AMK ahmad azhar kamaruddin sapu bersih jawatan ketua, timbalan, naib dan 15 ajk mengalahkan team kintan.

Dengan kemenangan ini Azizi hampir pasti akan bertanding kerusi Dun Sementa dalam Pru akan datang.

Manakala dari perkembangan ini makin sah lah mike akan meninggalkan kapar dalam pru 13. Isu yang bermain di kapar adalah hubungan rapat beliau dengan mic yang membuka pelbagai berita sensasi.

Beliau dikatakan akan mengikut langkah Yb Gobi yang telah meninggalkan Pkr.

1 comment:

Cicit Maharajalela said...

salam,

Jemput ke blog saya:

gerakanantidap.blogspot.com

Blog anda telah saya link di blog saya.

TQ