Thursday, May 26

Ber Usrah pulak dah UMNO Selangor

Tahniah kepada IKDDAS dan Umno Selangor yang mengambil pelbagai inisiatif untuk membawa transformasi dalam pimpinan UMNO Selangor terutamanya. 


Warisan dimaklumkan mereka akan mengadakan USRAH malam ini. Khabarnya Usrah Bulanan. Sudah kali ke dua rupanya.


Bukan mudah hendak berubah, namun bila program usrah pun sudah mula diterima dalam pimpinan umno peringkat negeri, warisan fikir ini satu transformasi namanya.


Difahamkan Ust Fathul Bari Mat Jahya akan menjadi Naqib usrah pada malam ini. Siapa yang tak kenal Ust fathul Bari. Dia pernah menjadi orang kanan Dr Asri, bekas mufti Perlis yang kontroversial itu.


Banyak perkara yang mungkin akan dikupas oleh Naqib jemputan ini.


1 comment:

kluangman said...

1) Alhamdulillah
2) Jangan hangat2 tahi ayam
3) tukar sedikit cara pakaian
4) Jangan lama kelamaan yang tinggal hanya ekor, kepala hilang dengan pelbagai alasan urusan kerajaan dan urusan parti
5) ikhlas