Monday, May 5

Kelab Pencinta UMNO

Saya tertarik dengan tanggapan Ong Tee Keat yang mencadangkan MCA di buka untuk menjadi parti yang pelbagai ras. Syabas kepada menteri ini yang sanggup menjadi tidak popular. Tentu kalangan totok MCA melihat pandangan ini tidak masuk akal.

Namun ada baiknya cadangan Tee Keat itu, melihat dari kepelbagaian PKR yang menjadikannya parti yang berjaya menjadi tarikan golongan muda 18-45 tahun.

Elok juga UMNO fikirkan sama kerana ada rakan india yang cenderung untuk lebih rela menjadi ahli UMNO dari menjadi ahli MIC. Ada juga rakan beritahu bagaimana seorang DR pakar di sebuah hospital pakar menyebut perlu nya UMNO menjadi terus kuat kerana dia percaya kepada UMNO lebih dari percayanya kepada MCA dan GERAKAN, walaupun dia cina.

Mungkin tiba masanya Kelab Pencinta UMNO di tubuhkan untuk meladeni golongan yang semacam ini. Setidak-tidaknya undi BN tak lari.

No comments: