Wednesday, May 7

Kini Janji Tinggal Janji

Khalid Ibrahim nampaknya terus bersandiwara dengan rakyat selangor apabila penurunan cukai pintu yang dijanjikan oleh pakatan rakyat dalam manifesto kempen pilihanraya lepas kini semakin jelas sangat sukar untuk di laksanakan. Manifesto pengurangan cukai pintu kediaman 20 peratus dan premis komersial 10 peratus hampir pasti tidak dilaksanakan dengan pelbagai alasan yang di nyatakan oleh Khalid baru-baru ini.

Janji air tidak di laksanakan, janji bantuan untuk anak kecil tidak dilaksanakan, kini janji cukai pintu juga tidak dilaksanakan. Kini janji tinggal janji. Timbul tandatanya adakan kerajaan pakatan rakyat di selangor benar-benar serius untuk memerintah dengan melaksanakan janji-janji pilihanraya mereka atau sekadar akan ingin memperbodohkan rakyat selangor.

No comments: