Tuesday, July 22

REFORM I

Pak Lah dalam ucapan hari lahir UMNO pada tahun ini bercakap perlunya UMNO REFORM. Namun kita jarang mendengar apakah tajdid yang yang hendak beliau lakukan dalam parti ini. Sekoyong-kayang ahli confuse. Ahli kata, mereka confuse sebab pemimpin juga confuse !

Dalam zaman kemalapan UMNO ini, adakah wadah ini akan jadi terus gelap dalam pilihanraya yang mendatang ? Jawapannya adalah ya, selagi mana kita tak tahu apakah yang sepatutnya kita buat sebagai orang kalah.

Saya ingin mengajak para pelawat untuk sama-sama "invent" apakah REFORM yang perlu UMNO lakukan dipelbagai peringkat. Semoga kedapatan kita boleh menjadi panduan bagi menyinari wadah anak bangsa kita ini dimasa depan.

1. Adakan proses Rebranding
a. Tun Razak tukar nama
i. Perikatan ke Barisan Nasional
ii. Tukar lambang kapal layar ke dacing
b. Tukar nama BN ( bn sudah synonym dengan ‘Barang Naik’)
c. Tukar lambang dacing

2. Sosial Kontrak ke 3
a. 1957 sosial kontrak 1 (Jus soli vs Hak istimewa orang Melayu)
b. 1970 sosial kontrak ke 2 (DEB)
c. 2008 sosial kontrak ke 3 ( Malaysia Baru yang teras nya adalah dominan Melayu) (Perlu diingat Singapura berjaya kerana dominan cinanya.)

3. Tarik minat generasi muda (18-40 thn) untuk cenderung kepada UMNO
a. Peringkat caw > pilih/lantik ¼ ajk ada kelulusan ipta/ipts
b. Peringkat bahagian > pilih/lantik ¼ ajk ada kelulusan ipta/ipts

4. Kakitangan kerajaan kumpulan A dan Guru lepasan Ijazah wajar dibenarkan semula untuk menyertai politik secara aktif. Penglibatan semula golongan ini di dalam UMNO secara aktif akan memberikan kekuatan baru kepada politik UMNO dan orang Melayu.
a. Kekuatan perjuangan UMNO ditahun 40 an, 50 an, 60 an dan 70 an kerana guru. Waktu itu Guru menjadi tulang belakang kepimpinan UMNO di peringkat cawangan dan bahagian.
b. Realitinya semakin ramai guru sekolah sekarang cenderung kepada PR, tak percaya? Buat lah survey.
c. Budaya perjuangan bangsa sudah luntur kerana UMNO kini sudah dikuasai oleh golongan saudagar. Wang sudah menjadi matlamat ahli UMNO, itu sebabnya mereka berlumba-lumba mahu menjadi saudagar.
d. Budaya ilmu juga sudah luntur dalam politik UMNO, akibatnya orang UMNO malas membaca dan tidak kuasa untuk berfikir.

5. Tubuhkan Kelab Penyokong UMNO
a. Keahlian terdiri dari kaum Cina, India, Punjabi atau Serani
b. Untuk menarik minat penyertaan kaum bukan melayu yang sudah fed up atau yang tidak berminat parti komponen BN agar masih cenderung kepada BN.
c. Status sama seperti kelab umno luar negara

6. Convert pinjaman PTPTN menjadi biasiswa
a. Boleh menarik minat generasi muda terpelajar Melayu untuk berterima kasih kepada UMNO dan cenderung kepada parti.
b. 1st class > 100 % diskaun
c. 2nd upper > 75 % diskaun
d. 2nd lower > 50 % diskaun

7. Reform KEMAS sebagai jentera kerajaan yang berkesan
a. KEMAS perlu di reinginering untuk relevan kepada orang melayu.
b. Lagu WARISAN diangkat sebagai lagu rasmi Tabika Kemas
i. Lagu ini ada mesej perjuangan Melayu.
ii. Lagu ini akan di ingati oleh anak-anak KEMAS ini sehingga akhir hayat mereka.
iii. Lagu ini akan di nyanyikan oleh anak-anak KEMAS dirumah atau dimana-mana mereka berada.
c. Wujudkan TUTOR KEMAS A1 (Tabika KEMAS)
i. Lihat bagaimana PAS membina generis mereka melaui TASKA PASTI.
ii. Menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar.
iii. Menarik minat golongan middle class melayu untuk menghantar anak mereka ke produk KEMAS ini.

8. Angkat lagu WARISAN sebagai lagu UMNO.
a. Lagu UMNO sekarang macam lagu sekolah.
b. Lagu UMNO sekarang tidak mempunyai mesej perjuangan.
c. Lagu WARISAN amat sesuai untuk mengambil alih sebagai lagu baru UMNO kerana lagu WARISAN mempunyai mesej perjuangan yang jelas.

1 comment:

Anonymous said...

Tarik minat generasi muda (18-40 thn) untuk cenderung kepada UMNO
a. Peringkat caw > pilih/lantik ¼ ajk ada kelulusan ipta/ipts
b. Peringkat bahagian > pilih/lantik ¼ ajk ada kelulusan ipta/ipts.

Salam Sdr. Hamidzun,

Saya tertarik dengan agenda reform yang sdr gariskan dalam catatan tersebut. Namun untuk peringkat awal ini, saya memilih 3 perkara yang saya lampirkan dalam komen ini.

Saya setuju dengan reform itu dan memang itu yang saya idamkan selama ini, tetapi hasrat itu sebenarnya sangat sensitif kepada sebahagian ahli-ahli UMNO di semua peringkat, terutamanya yang punyai agenda peribadi dan berhasrat untuk menjadikan UMNO sebagai rumahtangganya seumur hidup.

Satu lagi masalahnya ialah tiada individu yang sebenar-benarnya menawarkan diri untuk menggerakkan kelompok anak-anak muda lepasan IPTA/IPTS untuk bersama-sama kita, sehubungan itu saya mencadangkan saudara mengepalai gerakan ini kerana saya lihat kelab mahasiswa Parlimen Kapar yang ditubuhkan agak kurang memberangsangkan.

Saya sedia membantu saudara menggerakkan usaha ini, kerana saya lihat ia sudah menjadi satu kemestian (bukan lagi HARUS) kalau kita hendak melihat UMNO terus mantap pada masa akan datang. Usaha dialog yang pernah sdr laksanakan di UMNO Selangor dulu boleh dijadikan platform awal untuk menggerakkan usaha ini, atau kita mulakan dengan menubuhkan kelab penyokong UMNO lepasan IPTA/IPTS atau nama lain yang sdr fikirkan sesuai. Saya sedia membantu demi UMNO dan BANGSA MELAYU.