Friday, July 25

US & IMF terus pertahan Anwar

Anwar Ibrahim terus mendapat kemenangan moral apabila Setiausaha Negara Amerika Syarikat Condoleezza Rice dengan angkuh menggesa Malaysia supaya bertindak telus dan mematuhi lunas undang-undang apabila mengendalikan tuduhan sodomi yang melibatkan Anwar.

Menurut lapuran AP, Amerika Syarikat telah lama bercakap (mengenai isu ini) dan akan terus bercakap mengenai kes-kes yang dirasakan perlu disentuh dari segi kedudukan politik.

Menurut beliau lagi , soal Anwar adalah perkara hak asasi manusia dan politik tetapi bukan hal dalaman negara ini.

Sementara itu AFP melaporkan tiga bekas pemimpin antarabangsa membuat kenyataan bersama mendesak Malaysia gugurkan dakwaan sodomi keatas Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Mereka adalah bekas Perdana Menteri Kanada Paul Martin, bekas CEO Bank Dunia James Wolfensohn, and dan bekas CEO Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Michel Camdessus.

Mereka mempunyai keyakinan keatas intregriti moral Anwar. Mereka juga mahukan Malaysia menarik balik tuduhan sodomi yang dibuat keatas Anwar.

Menurut mereka lagi Malaysia wajar menghormati hak asasi individu sejajar dengan standard hak asasi antarabangsa.

Untuk rekod, kehidupan GAY (yang mengamalkan sodomi) merupakan budaya yang diterima sebagai budaya kehidupan di barat. Mungkin sebab itu pemimpin antarabangsa mahu terus mempertahankan Anwar kerana bagi mereka cara dan gaya kehidupan Anwar adalah hak peribadinya.

Bagi mereka, itu biasa-biasa saja, jangan jaga tepi kain orang!

No comments: