Wednesday, July 16

SAYA MENARIK DIRI DARI DI CALONKAN APA-APA JAWATAN

Saya telah dihujani pelbagai panggilan talifon dari kawan-kawan yang bertanya pendirian politik saya di peringkat UMNO Bahagian Kapar. Jawab saya ringkas “REFORM”. Saya menyokong mana-mana pemimpin yang sudi membawa agenda reform politik dalam parti. Saya kata reform kerana reform sahaja yang mampu untuk menjadikan parti ini relevan kepada arus massa. That’s the reality. Saya bukan cakap kosong. Tanya lah mereka yang berumur 20-35 tahun, mereka sinis terhadap UMNO, mereka kata UMNO sudah jumud.

Reform bukan lah setakat perubahan, ia lebih dari itu. Ia tajdid, pembaharuan. Kalau orang yang memegang jawatan berubah tapi dia bawa lagu lama, itu bukan reform namanya. Reform bukan maknanya tidak menolak pemimpin yang sedia ada. Kalau pemimpin yang sedia ada mahu memimpin lagi, formulanya adalah dia wajib sanggup reform. Dia ada pengalaman yang boleh menjadi bijaksana dan bijaksini. Selain itu dia harus ada komitmen untuk memimpin parti dan telah menunjukkkan komitment nya dalam pilihanraya yang lalu.

Masa depan politik malaysia akan ditentukan oleh mereka yang berumur 21-45 tahun. Mereka adalah golongan majoriti pengundi di PRU 13 dan seterusnya. Hanya orang muda yang faham apa yang orang muda mahukan. Orang muda akan mengundi berdasarkan persepsinya. Orang muda adalah aset parti. Kalau orang muda parti kita berkualiti maka masa depan parti akan gemilang. Begitu lah sebaliknya. Orang muda perlu ada idealisme, orang muda yang tiada adealisme adalah orang muda yang mati pucuk sebelum usia nya. Bahaya tu, gelap masa depan.

Saya menceburi politik bukan kerana jawatan. Jawatan bukan matlamat saya. Saya tetap berkhidmat dan sedia bekerja tanpa jawatan. Saya sedia pencen sebelum usianya. Matlamat saya adalah mahu berbakti kepada orang Melayu. Itu pun sekiranya idea dan tulang empat kerat saya masih diperlukan. Perjuangan dalam parti kerana agama, bangsa dan tanah air. Saya tidak mahu disangkutkan dengan mana-mana pemimpin. Saya adalah orang kecil. Saya adalah pekerja parti. Saya tidak ada apa-apa kepentingan dalam parti. Saya menegur, membicara, membahas dan mempertahankan UMNO kerana saya sayang kepada UMNO. Itulah saya.

Akuilah hakikat politik yang sudah berbeda sekarang. Kita kalah dalam PRU 12. Buat lah cara orang kalah. Kita berada dibawah. Bekerjalah kearah kita boleh naik keatas untuk menang dalam PRU 13 dan seterusnya. Bersaing lah dengan sihat. Kalau berkocakpun air, berkocaklah dalam cawan. Jangan lah kita mengikut resam pak kaduk yang menang sorak, kampung tergadai.

Kita kena bekerja 24 jam sehari untuk UMNO. Ini kerana Pakatan Rakyat bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu 31 hari sebulan dan 365 hari setahun. Kita tiada pilihan lain selain membuktikan kepada rakyat bahawa kita adalah pilihan yang lebih baik dan terbaik untuk rakyat. Kita kena yakinkan rakyat. Kunci nya adalah UMNO perlu reform.

Selamat Bersidang. Perjuangan kita masih jauh dihadapan. Utamakan pengabdian diri kita kepada UMNO selagi kita mampu berbakti. Bersatu Bersetia Berkhidmat untuk masa depan umat Melayu. Calonkan lah mereka yang berhajat mahukan jawatan. Cuba, try, test lah mereka. Semoga mereka lebih baik dari orang yang sebelumnya.

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah Sdr Hamidzun..
Ingat pesan Mikhael Gorbachev, KITA PERLU BERUNDUR SETAPAK UNTUK MELANGKAH LEBIH JAUH KE HADAPAN. Walau pun beliau kehilangan USSR, tetapi beliau tetap seorang Presiden, walau pun negaranya sudah tiada.
Sekali lagi TAHNIAH........