Thursday, August 7

Anwar pulang ke rumah



07/08/2008 12:06pm

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim pulang semula ke kediamannya di Bukit Segambut di sini pukul 11.49 pagi ini, tidak lama selepas didakwa atas tuduhan meliwat meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari di Mahkamah Sesyen di Jalan Duta.

Sebelum itu, di mahkamah, Anwar mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful dan mendakwa mendakwa pertuduhan itu dibuat dengan niat jahat dan khianat.

Pertuduhan berbunyi: Anwar didakwa melakukan perbuatan itu pada 26 Jun 2008 antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.

Hakim S.M. Komathy Suppiah memutuskan membenarkan Anwar diikat jamin RM20,000 dengan bon jaminan peribadi .

Mahkamah menetapkan kes itu disebut semula pada 10 September ini untuk memindahkan perbicaraan ke Mahkamah Tinggi. - Utusan

No comments: