Thursday, August 7

Dua NGO kecam Gangster PKR serang wartawan



Dua kumpulan aktivis kebebasan media mengecam siri terbaru serangan terhadap wartawan selepas ceramah PKR di Pulau Pinang hujung minggu lalu.

Pusat Kewartawanan Independen (CIJ) dan Pakatan Penulis demi Kebebasan Media (Wami) mendesak semua parti politik menghormati tugas petugas media dan menghalang pekerja parti menggunakan kekerasan sewaktu menjalankan tugas.

"Serangan terhadap jurugambar itu oleh petugas keselamatan PKR mencerminkan perkembangan membimbangkan berhubung kerjaya kewartawanan dan merupakan satu bahaya pekerjaaan yang kini semakin terdedah kepada petugas media," kata dua organisasi itu dalam satu kenyataan.

Selain serangan terhadap Loh Hoay Hoon pada 4 Ogos lalu, empat petugas media pernah mengadu diserang selepas majlis debat isu kenaikan harga minyak di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 15 Julai.

"CIJ dan Wami ingin mengingatkan semua pihak bahawa hak orang ramai mendapat maklumat akan tergugat apabila jurugambar sering dihalang melaporkan secara visual kepada awam."

No comments: