Monday, August 11

DESPERADO PKR


Pada pandangan saya usaha Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan puak-puak PKR menimbulkan isu laporan perubatan Saiful di Pusrawi hanya sebagai usaha desperado, untuk PRE-EMPT apa sahaja kemungkinan yang akan wujud apabila Pihak HKL mengeluarkan laporan mereka yang merupakan sebuah laporan RASMI, yang akan diterima oleh MAHKAMAH.

Usaha, RPK dan PKR ini hanya sebagai satu PUBLIC PLOY dengan niat untuk mencetuskan DILEMA dan PERSEPSI di kalangan rakyat. After all politik adalah mengenai persepsi.

Di dalam bidang PERUBATAN, MAHKAMAH akan bergantung kepada laporan perubatan yang disahkan oleh Hospital KERAJAAN. Apa-apa laporan yang dikeluarkan selebihnya oleh mana-mana pengamal perubatan, contohnya SWASTA akan dianggap sebagai sebuah laporan bagi SECONDARY OPINION.

Adakah ia sebuah laporan perubatan?
Apa yang dikeluarkan dan dipaparkan oleh RPK hanya nota ringkasan pesakit yang dirawat di A&E ataupun Klinik Pesakit Luar sesebuah hospital atau klinik. Ia tidak menepati langsung ciri-ciri sebuah laporan perubatan yang mempunyai FORMAT nya yang tersendiri.

Ia kekurangan dari aspek formaliti dan juga aspek KETERPERINCIAN yang diharapkan di dalam sebuah laporan perubatan.

DR Pakar
Adakah doktor yang membuat laporan perubatan tersebut , mempunyai kepakaran yang diperlukan untuk mengeluarkan sesebuah laporan perubatan untuk dipersoalkan di MAHKAMAH ?

Dr Osman adalah seorang PEGAWAI PERUBATAN biasa yang bertugas di unit kecemasan/klinik pesakit luar PUSRAWI.

Beliau tidak mempunyai sebarang kelayakan untuk melakukan sebarang pemeriksaan untuk mengesahkan samada SAIFUL disahkan di SODOMI atau pun tidak.

Laporan perubatan beliau jika dibawa ke mana-mana mahkamah seluruh dunia akan dipersoalkan KREDIBILITI, kerana beliau bukan seorang yang pakar di dalam BIDANGnya.

Laporan perubatan untuk mengesahkan sama ada SODOMI sah berlaku ataupun tidak , hanya layak diketengahkan oleh mereka yang AHLI di dalam bidangnya iaitu PAKAR FORENSIC ataupun sekurang-kurang PAKAR PEMBEDAHAN.

Apakah rumusan yang dikeluarkan oleh laporan perubatan PUSRAWI?
Mana-mana nota pesakit ataupun laporan perubatan jika kita masih mahu menganggap apa yang dikeluarkan RPK ini sebagai sebuah laporan perubatan, ia mestilah mempunyai rumusan ataupun konklusi.

Di dalam nota pesakit yang dikeluarkan oleh Pusrawi ini rumusannya
terletak di bahagian terakhir iaitu di ruang DIAGNOSIS.

Apa yang dimaksudkan oleh DIAGNOSIS?
Diagnosis merupakan apa yang difikirkan oleh doktor sebagai kebarangkalian yang paling layak untuk seseorang yang mendapatkan rawatan di sesebuah hospital atau klinik.

Begitu jugalah dengan doktor yang merawat dan memeriksa Saiful di PUSRAWI , beliau juga sudah tentu akan mencapai sesuatu konklusi setelah merawat dan memeriksa pesakitnya.

Dalam laporan beliau di nota pesakit beliau setelah memeriksa Saiful, tertera : DIAGNOSIS: TO RULE OUT ASSAULT-SODOMY, advised to go to hospital.

Apa yang dimaksudkan TO RULE OUT ASSAULT-SODOMY?

TO RULE OUT di dalam bidang perubatan bermaksud: Kemungkinan berlaku tetapi perlu disahkan...

Bermakna konklusi doktor tersebut di dalam nota pesakitnya bermaksud:

KEMUNGKINAN SERANGAN/GANGUAN SEKSUAL-SODOMI, DINASIHATKAN ke HOSPITAL untuk PEMERIKSAAN dan RAWATAN LANJUT.

Rumusan RPK : TO RULE OUT ASSAULT SODOMI sebagai tiada kesan sodomi merupakan konklusi yang ditafsirkan secara bahasa layman. Inilah kesilapan terbesar PKR dan pengikut-pengikutnya.

Sedangkan dalam bidang perubatan TO RULE OUT bermaksud: Kemungkinan berlaku tetapi perlu disahkan...

Untuk Anwar Ibrahim, pesan saya: "wahai pemimpin politik, kamu boleh berbohong dengan seorang rakyat pada satu masa tetapi kamu tak boleh berbohong kepada seluruh rakyat pada setiap masa".

-- mykmu.net

No comments: