Monday, August 11

PKR iktiraf perkahwinan Gay ?


Setelah ladang mega babi di Selangor, isu tanah 999 tahun di Perak, mungkinkah perkahwinan gay akan diiktiraf di Malaysia? Yup ... kalau Anwar jadi PM, kenapa tidak ?

Itukan hak asasi golongan berkenaan. Penyokong kuat Anwar, Paul Martin bekas PM Canada (gambar atas) pernah meminda undang-undang untuk mengiktiraf perkahwinan gay semasa dia menjadi PM.

Namun sebenarnya masalah perlakuan hubungan songsang ini adalah satu penyakit yang perlu diubati dan dicegah penularannya di Malaysia.

Malaysia yang mempunyai prinsip rukun negaranya - antaranya, kepercayaan kepada Tuhan dan kesopanan dan kesusilaan.

Malahan perlakuan ini tidak diikitraf oleh Kristian dan Islam. Tahun 1975, Vatikan mengeluarkan keputusan bertajuk The Vatican Declaration on Sexual Ethics.

Isinya, antara lain, menegaskan: "It (Scripture) does attest to the fact that homosexual acts are intrinsically disordered and can in no case be approved of."

Dalam Pidato Paus Benediktus XVI pada malam Tahun Baru 2006, sekali lagi beliau menegaskan perbuatan homoseksual adalah terkutuk.

Dalam kita memperjuangkan hak kesamarataan, usah sehingga ke tahap menghalalkan perkahwinan sesama jenis ini. Usah sehingga nasib negara kita sama menjadi seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara Barat.

Akhirnya institusi kekeluargaan menjadi rosak, seterusnya meruntuhkan sistem masyarakat dan sistem insani itu sendiri.

Di dalam sebuah buku yang bertajuk Indahnya Kawin Sesama Jenis: Demokratisasi dan Perlindungan Hak-hak Kaum Homoseksual ada menyebut tentang bagaimana usaha strategi gerakan golongan ini menyuburkan perbuatan terkutuk ini dalam masyarakat Indonesia dan tidak mustahil gerakan ini menular ke Malaysia.

Strateginya:

1. Menggembleng tenaga kaum homoseksual untuk bersatu dan berjuang mendapat kembali hak-haknya yang telah dirampas oleh negara.

2. Memberi pemahaman kepada masyarakat bahawa apa yang terjadi pada golongan homoseksual adalah sesuatu yang normal dan menurut fitrah semula jadi; sehingga masyarakat tidak memisahkan darinya, malah sebaliknya masyarakat ikut terlibat mendukung setiap gerakan kaum homoseksual dalam menuntut hak-haknya,

3. Mengkritik dan menulis semula tafsir dalam agama (tafsir kisah Luth dan konsep pernikahan) yang tidak memihak kepada kaum homoseksual,

4. Mencadangkan pindaan Undang-undang Perkahwinan No 1/1974 yang mendefinisikan perkahwinan mestilah di antara lelaki dan wanita." (hal. 15)

Homoseksual bukan fitrah tetapi barah dan penyakit. Sesungguhnya manusia tidak mampu membuat penafsiran sendiri terhadap hukum alam.

"Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: 'Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun sebelum kamu. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan syahwat, bukan kepada wanita; malah kamu ini kaum yang melampaui batas'.

"Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: 'Usirlah mereka dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri".

"Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu." (Al-A'raf: 80-84).

Manusia tidak dapat lari daripda fitrah rasa bertuhan. Tepuk dada tanyalah hati kecil anda. Adakah anda benar di landasan fitrah.

@malaysiakini

No comments: