Wednesday, August 6

ESOK ANWAR AKAN DITUDUH MELIWAT : SAIFUL MULA TERBELA



Hari ini diumumkan tarikh penamaan calon Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh, esok Anwar akan didakwa di Mahkamah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Polis menyerahkan satu dokumen kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta beliau hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur 10 pagi esok bagi menghadapi pertuduhan meliwat. Dokumen itu diserahkan di kediamannya di Bukit Segambut. Dokumen itu disampaikan oleh pegawai penyiasat kes dakwaan meliwat, DSP Jude Pereira.

Tokoh SODOMI itu dijadual mengadakan sidang medianya di ibu pejabat PKR di kawasan middle class Tropicana, Petaling Jaya pada petang ini.

No comments: