Sunday, August 17

Gangster PKR




Ini belum lagi berkuasa....

Inilah bila cakap tak serupa bikin…keluh beberapa orang wartawan mengenai insiden sekumpulan penyokong Parti Keadilan Rakyat memukul dua orang jurugambar selepas penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun dekat Bukit Mertajam tengahari Sabtu.

Gambar Berita Harian ini menunjukkan bagaimana salah seorang jurugambar iaitu, Mohd Sairen Mohd Nafis, 26 dari Kumpulan The New Straits Times Press dipukul.Mohd Sairen yang merakamkan gambar petugas BN dalam kenderaan pacuan empat roda diserang sekumpulan 30 orang yang memakai baju T PKR hingga terjatuh dan seorang jurugambar agensi berita asing Halim Berbar Halim yang cuba membantu turut diserang dan dipukul.

1 comment:

Anonymous said...

Gangser PKR?
Jurugambar akhbar dibelasah?
Memang tak patut juru gambar/wartawan dibelasah begitu teruk sekali.
Apa sebabnya ye? Mesti ada sebab kalau tidak tak mungkin mereka kena begitu sahaja.

Fikir-fikirlah... kalau kita sedang marah, anak bini pun kita pelangkung.

Jadi mungkin mereka sedang marah... Marah bila akhbar perdana memutar belitkan laporan, laporan berat sebelah, laporan dimanipulasi, tidak adil dan macam ragam lagi.

Belasahlah ubatnya. Utusan di Selangor khabarnya pun dah kena belasah bila pejabat Kerajaan Negeri haramkan melanggannya.
Tu dia no...

Sekian.
Dari: ulaq lidi.