Friday, August 15

PKR Kalah


TIDAK sampai 30 minit selepas Datuk Arif Shah Omar Shah diumumkan untuk menggalas cabaran Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh kelmarin, nada pesaingnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini begitu melaung-laungkan kemenangan besar berubah sama sekali.

"Majoriti undi yang besar pun tak pa, majoriti yang kecil pun tak pa, yang penting kita capai kemenangan," kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ketika berucap pada ceramah umum di Kampung Kota, Permatang Pasir dekat Bukit Mertajam pada pukul 10.35 malam.

Arif Shah mula terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya pada pilihan raya umum 2004 setelah mengalahkan calon PKR Dr. Mansor Othman dengan majoriti 4,464 undi.

Menewaskan pada pilihan raya umum Mac lalu, beliau mengekalkan kerusi DUN itu untuk penggal kedua setelah menewaskan calon PKR, Ramli Bulat dengan majoriti 533 undi.

Arif Shah adalah seorang yang mengetahui strategi politik Anwar kerana beliau pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh ketika Anwar menerajui bahagian itu.

Arif Shah, yang menerima pendidikan di sekolah rendah dan menengah jenis kebangsaan Cina, melahirkan keyakinannya untuk memenangi kerusi itu walaupun dengan majoriti yang kecil.

No comments: