warisan malaya. belajar lah dari sejarah, hayatilah falsafah perlembagaan negara, nescaya kalian boleh hidup dalam harmoni, aman dan sejahtera 1000 tahun lagi.
Thursday, August 7
Tidak mustahil PKR kalah di kubunya
Kalah atau menang adalah perkara yang kedua dan yang penting BN perlu memberikan tentangan kepada Awar Ibrahim dan BN perlu mengambil kesempatan ini untuk turun padang dan menerangkan kepada pengundi Permatang Pauh bahawa pilihanraya bukanlah satu-satunya gelanggang untuk mencari kepopulariti mahu pun bukanlah tempat untuk agenda politik peribadi sesebuah keluarga. Bn juga perlu memberi penerangan yang lebih jelas kepada hard core Anwar ini bahawa politik juga bukanlah perisai untuk melepaskan diri dari kasalahan jenayah yang dilakukan oleh rakyat Malaysia.
Mungkin agak sukar untuk melakukan di Kubu kuat PKR ini tetapi ianya tidak pula mustahil untuk dilakukan kerana dengan usaha dan keihklasan mungkin usaha ini akan berjaya. Jika ianya tidak berjaya sepenuhnya , ianya dapat merubahkan sedikit hati hard core Anwar inisudah mencukupi. BN adalah under dog di Permatang pauh dan BN juga tidak tertekan jika kalah di Permatang Pauh , Namun jika BN dapat mengurangkan pengaruh Anwar di Permatang Pauh ini sudah merupakan satu kejayaan kepada kerajaan BN.
Tidak mustahil juga BN akan dapat mengalahkan Anwar di Permatang Pauh ini dengan mendedahkan semua penipuan dan tingkah laku Anwar kepada penyokong beliau dan inilah masa yang paling baik untuk menekan Anwar dan PKR untuk membuktikan dan menafikan segala penipuan mereka kepada rakyat. Kesempatan ini perlu digunakan oleh BN dengan baik kerana inilah merupakan satu hikmah kepada Kerajaan BN kerana berpeluang bersekemuka dengan penyokong kuat Anwar Ibrahim.
BN perlu bersatu dalam menghadapi pilihanraya kecil ini kerana itu adalah asas yang kuat BN selama ini dan pemipin-pemimpin BN perlu melaksanakan tanggungajwab dengan penuh komitment kerana dengan komitment kepimpinan UMNO pasti Anwar dan PKR dapat di tumbangkan diKubu beliau sendiri dan kemenangan ini tentulah amat manis sekali untuk dikenang dan merupakan hadiah yang istimewa buat penyokong yang setia kepada BN.
BN hanya perlu mencari calon yang lebih baik keperibadiannya dari Anwar Ibrahim dan setiap ahli BN perlu memberikan sokongan padu kepada calon berkenaan. Sokongan bekas ahli PKR juga diperlukan untuk membantu BN untuk merobekkan kubu kuat Anwar ini, sekiranya ini berjalan dengan lancar. Insyaalah Permatang Pauh akan kembali ketangan BN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment