warisan malaya. belajar lah dari sejarah, hayatilah falsafah perlembagaan negara, nescaya kalian boleh hidup dalam harmoni, aman dan sejahtera 1000 tahun lagi.
Friday, August 29
UMNO Konservatif sangat ?
Trend pengundian di Permatang Pauh menunjukkan UMNO semakin tersisih dari pemikaran rakyat. Orang melayu dan Cina yang menyokong PKR makin bertambah. UMNO dilihat sebagai pengamal pemikiran konservatif. Pemikiran konservatif ini sama dengan cara parti republikan di USA dan parti konservatif di UK.
Anwar Ibrahim pula kini mempimpin sebuah parti yang sikap pemikirannya ultra liberal. Liberal melihat DEB adalah cara ekonomi zaman silam. Oleh itu DEB kata mereka harus dihapuskan. Liberal juga melihat feudal sebagai penjajahan pemikiran. Kerana itu slogan mereka di Permatang Pauh adalah merdeka.
Liberalis mahukan kemerdekaan agama terutamanya dan kalau boleh tanpa agama itu lebih baik. Liberal mahukan hak untuk orang gay dan lesbian diiktiraf, termasuk hak pengamal cara hidup ini untuk berpolitik, dipilih sebagai wakil rakyat dan nantinya menjadi perdana menteri.
Pokoknya mampukan UMNO bertukar menjadi liberal. Maksudnya bolehkah UMNO hapuskan DEB, buka UITM untuk orang cina dan india. Buka perkhimatan awam untuk bangsa asing. Samaratakan Islam dengan agama lain. Ia tentunya sukar.
Atau setidak-tidaknya UMNO kena belajar cara OBAMA mencari pengaruh politiknya, politik Massa. Itu pun kalau UMNO masih berminat untuk memerintah. Cara gaya Bush adalah cara semalam.
REFORM lah wahai pemimpin UMNO, YES WE CAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
UMNO must REFORM...!!! or else UMNO must learn (from now on) of how to be a mature OPPOSITION.
Long live Hamidzun !!!
Post a Comment