Tuesday, September 2

Dasar Komunis; Lepas babi dan tanah, Apa lagi ?


Langkah Kerajaan Negeri Perak menganugerahkan tanah seluas 400 hektar kepada sekolah persendirian Cina disifatkan sebagai sesuatu yang luar biasa dan belum pernah dilakukan sebelum ini.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, jika pun mahu dilakukan, ia seharusnya turut diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah-sekolah Tamil yang rata-ratanya masih berkeadaan daif.

Katanya, jika dilaksanakan ia boleh meningkatkan jurang dan tahap pendidikan antara kaum Cina dengan masyarakat Melayu serta India.

‘‘Setahu saya, sekolah-sekolah Cina tidak perlu bantuan lagi kerana mereka mempunyai lembaga sekolah yang cergas dan aktif dalam mencari sumber kewangan yang mencukupi untuk membiayai persekolahan mereka,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah Kerajaan Perak menganugerahkan 400 hektar tanah kepada sekolah persendirian Cina di negeri itu supaya ia dapat mengusahakan tanah berkenaan dan menggunakan keuntungan yang diperoleh untuk membiayai kos pentadbirannya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dipetik sebagai berkata, peruntukan RM30,000 setahun kepada setiap sekolah berkenaan pada masa kini tidak memadai.

No comments: