Monday, September 8

Lapuran akhbar yang melampau; Dan kita masih berdiam !

Keengganan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera ,Datuk Ahmad Ismail untuk meminta maaf terhadap orang Cina kerana bukan beliau yang bersalah tetapi sebuah akhbar Cina yang membuat laporan salah sampai membakar api kemarahan orang Cina tentulah disambut baik oleh orang Melayu dan orang yang berpegang kepada kebenaran di seluruh negara.

Datuk Ahmad menjelaskan bahawa beliau mengatakan orang Cina sebagai penumpang dalam kontek zaman penjajah.

Bagaimanapun tindakan Timbalan Presiden UMNO Datuk Sri Najib meminta maaf bagi pihak Datuk Ahmad Ismail ternyata mengulangi kesalahan yang dibuat dengan menghantar seorang Menteri Malaysia ke China untuk memina maaf kerana polis Malaysia dikatakan menelanjangkan seorang tahanan dari Cina yang ternyata kemudiannya seorang wanita Melayu.

Abdullah meminta Ahmad supaya meminta maaf dan Datuk Sri Najib meminta maaf bagi Ahmad ternyata merupakan perbuatan terburu-buru tanpa usul periksa.

Kementerian Dalam Negeri patut mulai hari ini memberikan perhatian terhadap akhbar The Star,Sin Chew dan lain lain akhbar Cina yang akan terus memainkan isu ini sekalipun penafian telah dibuat.Mereka akan membuat followup berita dari berbagai bagai sudut sehingga menutup penafian itu.

Tugas mereka yang tidak disedari oleh orang Kementerian Dalam Negeri yang tidak cerdik dan tidak sensitif ialah untuk mencemarkan UMNO.Mereka akan mengapikan lagi kemarahan masyarakat Cina dalam isu ini.

Kementerian Dalam Negeri yang kurang cerdik sepatutnya menyedari sebenarnya Sin Chew telah menyiarkan satu berita menghasut dan Gerakan menjadi batu api.Sin Chew mesti menghadapi tindakan.

Tindakan 13 Bahagian UMNO Pulau Pinang menyokong Datuk Ahmad untuk tidak meminta maaf adalah suatu tindakan bijak,rasional,logik,patriotik dan popular.

Telah lama akhbar The Star dan lain lain akhbar Cina dibiarkan oleh Kementerian Dalam Negeri yang kurang cerdik memainkan isu-isu yang sebenarnya non isu.

@MAHARAJABLOGGER

1 comment:

Anonymous said...

sdr.hk salam dari sg.udang boleh saya join bicara dengan anda?