warisan malaya. belajar lah dari sejarah, hayatilah falsafah perlembagaan negara, nescaya kalian boleh hidup dalam harmoni, aman dan sejahtera 1000 tahun lagi.
Friday, September 19
Pesakit Mental
Warta Perdana RTM menghidangkan laporan khas yang amat menarik. Ia mengenai kisah manusia yang gilakan perhatian. Antara perkara yang ditonjolkan dalam laporan khas itu ialah tanda-tanda penyakit mental.
Antaranya suka berfantasi atau berhalusinasi , terasa diri sentiasa betul, gilakan perhatian dan angkuh. Penyakit ini dilaporkan sering berlaku kepada mereka yang pernah mengalami kekecewaan melampau.
Keadaan ini sering berlaku kepada mereka yang pernah berkuasa atau memegang jawatan utama namun kecewa dalam mencapai impian peribadi.
Kajian Pemantauan penyakit di Malaysia mendapati hampir 11 peratus rakyat dewasa mengalami gangguan mental.
Dalam laporan khas itu, Ahli Lembaga Kaunselor Profesional, Profesor Madya. Dr. Mohamed Fadzil Che Din, menjelaskan obsesif adalah satu kecelaruan dalam diri dan tanda-tanda itu boleh dikesan melalui perkataan dan perbuatan. Tegasnya pesakit kebanyakannya akan berbuat apa sahaja bagi memastikan keinginan yang keterlaluan dicapai.
Golongan ini boleh menimbulkan bahaya kerana boleh menjadi agresif dan tidak berfikir panjang dan sanggup menghalalkan apa sahaja perbuatan semata-mata menjayakan keinginan. Menurutnya, keghairahan untuk mendapatkan melebihi dari yang lain sehingga boleh meminggirkan prinsip dan nilai sejagat.
Prof Madya Dr Mohamed Fadzil berkata golongan itu juga suka memperlihatkan sikap degil hingga menimbulkan kesulitan kepada banyak pihak ekoran obses kepada kehendaknya. Golongan ini boleh menghancurkan diri atau orang lain yang cuba merampas objek yang diingininya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment