Thursday, December 25

'Tahniah' PAS kerana menerima pemimpin bermasalah


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengucapkan `tahniah’ kepada PAS kerana menerima orang bermasalah dalam UMNO untuk menjadi ahli parti itu.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemasukan bekas Ketua UMNO Petaling Jaya Selatan Datuk Zahar Hashim dan 28 Ketua UMNO Cawangan dalam bahagian berkenaan ke dalam PAS.

Zahar digantung keanggotaannya dalam UMNO selama tiga tahun pada awal bulan Disember kerana menjalankan kegiatan yang menjejaskan parti.Beliau antara lain menyebarkan dakwaan mengatakan ada yang tidak betul dalam urusan pembelian Eurocopter.Sebaliknya siasatan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen yang turut dianggotai oleh Ahli Parlimen pembangkang baru-baru ini mendapati ia mengikut peraturan.

Zahar adalah antara mereka yang membida tender untuk kontrak membekalkan helikopter berkenaan.Bagaimanapun menurut Muhammad UMNO negeri itu akan mengadakan mesyuaratnya berhubung dengan perkembangan terbaru itu.Mengulas lanjut, Muhammad berkata, tindakan Zahar menyertai PAS mudah difahami kerana beliau begitu marah kerana dikenakan tindakan disiplin oleh UMNO.

Katanya, bekas Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan itu seharusnya sedar tindakannya yang melanggar disiplin parti dengan memburuk-burukkan kepimpinan parti.Dia yang buat surat hentam Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan dijaja ke seluruh negara hanya kerana tidak dapat tender bekalkan helikopter kepada Kementerian Pertahanan.

No comments: