Tuesday, December 30

DAP Saman DAP


Setelah Ahli Parlimen Kapar Mike mengoncangkan politik pembangkang, kini Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago pula bertindak tegas untuk menyaman Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Teng Chang Khim (Sungai Pinang - DAP) kerana menfitnahnya.

Mereka berdua telah bertengkar ekoran isu pemindahan stesen bas Klang Utara ke Klang Sentral di Meru.

Santiago memberikan tempoh tujuh hari kepada Teng yang juga ADUN Sungai Pinang untuk menarik kenyataannya itu dan memohon maaf secara terbuka atas fitnahnya itu.

Pertengkaran ini menguatkan lagi angin yang bertiup, Ahli Parlimen Klang ini akan mengikut jejak langkah Mike yang akan meninggalkan pakatan pembangkang.

No comments: