Thursday, December 25

Politik Hudud : PAS layu di buli DAP


Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berdolak-dalik untuk melaksanakan undang-undang hudud apabila ditekan DAP walaupun beriya-iya beri komitmen, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

"Dicabar ke kanan, digertak ke kiri. Inilah yang saya lihat tentang YB Datuk Husam.

"... belum pun sempat hilang panasnya bara ketetapan dan jawapan beliau untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia, (beliau) terus tersungkur dan menyerah kalah pada gesaan DAP," kata naib ketua Pemuda Umno.

"Akibat pukulan dan desakan DAP ini, Datuk Husam yang tampak berani dan bersemangat tinggi semasa majlis wacana di Balai Islam tiba-tiba pula menjadi ikon transformasi politik layu, dengan longlai dan lesunya tunduk kepada gertakan DAP."

Beliau mengulas pendirian terbaru ahli politik Kelantan itu selepas bertegas untuk melaksanakan hudud sewaktu berdebat dengannya dengan judul 'Wacana Transformasi Politik Malaysia' di Kota Bharu, Sabtu lepas.

1 comment:

pemuda berani meru said...

Sudah jelas memang semua pemimpim PAS tidak beretika dan Integriti dalam memperjuangkan dasar-dasar mereka...mereka tidak sepenuh hati memperjuangkan apa yang mereka janjikan...mereka hanya pandai berjanji sebelum pilihanraya...ini sekadar untuk meraih undi...sekarang ini mereka telah memegang Kedah, Kelantan dan Perak apa tindakan berani yang mereka telah lakukan...??? Dah tutup kedai judi ke...??? Dah haramkan penjualan arak ke...??? Dimana janji mereka...??? Sekarang baru mereka tahu...duduk dalam masyarakat berbilang kaum tidak boleh mengharamkan penjualan arak secara menyeluruh... nak jaga sensitivi kaum lain lah pulak.... lagi nak bantu ekonomi dengan menternak BABI... Kan dah confirm HARAM... Klau diorang kata ternak babi tu boleh jika hanya di jual pada mereka yang bukan islam... Kenapa kita orang islam tidak buka kedai nombor ekor jer... Jual je nombor kat orang bukan islam... kan boleh meningkatkan ekonomi ye tak... macammane la teori diorang ni...aku pun x paham...sekolah agama jer tinggi....yang jelas diorang ni lagi teruk...bawak jer perjuangan islam tapi tidak bertanggungjawab dalam lunas-lunas suci seorang pemimpin ISLAM... Dey..HUSAM..BERANI BUAT BERANI TANGGUNG le...