Sunday, December 28

Sah : Mike hijrah dari PKR



Anwar Ibrahim menerima pukulan 'K O' apabila Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam akan keluar dari PKR pada hari Rabu ini.

Menurut sumber Manikasavagam nekad untuk keluar daripada PKR dan dijadual akan mengumumkan pendiriannya secara rasmi pada masa yang terdekat. Beliau mendakwa berasa kecewa dengan sikap pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor yang didakwanya cuai menjaga kepentingan rakyat.

Menurut Manikavasagam, pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor juga didakwa tidak sepakat dan rapuh dari segi hubungan sesama mereka, selain segelintir berlagak sombong serta enggan berbincang mencari penyelesaian terhadap isu yang diketengahkan. Katanya, selain tidak mendapat sokongan daripada pemimpin PKR sendiri, wakil rakyat PKR juga dikecam dan dikritik oleh pemimpin parti komponen Pakatan Rayat khususnya DAP.

Sebelum itu, beliau juga pernah mengkritik secara terbuka dan mendakwa Khalid Ibrahim sebagai MB tidak prihatin kerana tidak turun padang melawat mangsa ribut pada Oktober lalu.

Manikavasagam yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Selangor pernah menyuarakan bantahan terhadap pemindahan stesen bas dan kereta sewa dari pusat bandar Klang ke lokasi baru, di Klang Sentral, Meru.

Manikavasagam pernah dikritik oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang, Teng Chang Khim, yang menuduhnya berlagak seperti pembangkang dan pembohong kerana terbabit dalam bantahan itu.

Anwar Ibrahim yang menjadi "pemimpin gila kuasa nak jadi PM" akan menerima beberapa lagi pukalan KO apabila 5 orang YB Selangor, rakan Mike dijangka keluar PKR menjelang bulan March 2009.

No comments: