Saturday, January 24

Bila Kain Terselak ....

MUHASABAH KUALA TERENGGANU ; 4


1. Saya tersenyum mendengar cerita kawan yang bermastautin 30 hari di KT untuk menjayakan proses demokrasi di Malaysia. Dia ni peminat pilihanraya kecil. Kalau ada PRK tentunya dia akan bawa tikar bantal ke tempat pilihanraya tu. Dok di surau atau masjid dah jadi resepi dia dalam PRK.

2. Situasi 1 – A adalah Ketua Bahagian yang menang tanpa bertanding, seorang Timbalan Menteri, seorang Senator. Dia seorang yang bersih, tak ada skandal sex, tak de skandal gay, tak de skandal rasuah, tak de salah guna kuasa. Dia ni boleh berbahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Ibunya ustazah, bapanya D.O. Anak Datuk.
Kalau ada PRK macam di KT adakah si A akan membantu setulus nya ? Tepuk dada tanya IMAN !

3. Situasi 2 - B pula bekas wakil rakyat (ADUN) dan bekas Ketua Bahagian. Sekarang si B adalah seorang Senator dan Bendahari negeri. Dia pun teringin gak nak jadi Timbalan Menteri. Al maklumlah ada 2 kerusi Timbalan Menteri dah pun kosong. Kalau ada PRK macam di KT adakah si B akan membantu setulus nya ? Tepuk dada tanya IMAN !

4. Situasi 3 – C pula bekas ketua pemuda Bahagian, bekas Ketua Pemuda Negeri, bekas Exco Pemuda Pusat, sekarang pulak jadi Ketua Penerangan Negeri. C tak de cita-cita lain, cuma dia geram kerana cubaan nya nak bertanding ketua Bahagian tak kesampaian. Pencalonan tak cukup. Sebab kena sekat. Kalau ada PRK macam di KT adakah si C akan membantu setulusnya? Tepuk dada tanya IMAN !

5. Situasi 4 - D pula ketua Puteri Bahagian, Ketua Puteri Negeri, bekas Senator, bekas calon DUN tapi kalah. Calon Naib Ketua Puteri Pusat. Kalau ada PRK macam di KT adakah si D akan membantu setulusnya? Tepuk dada tanya IMAN !

6. Situasi 5 - E pula bukan orang politik, dia pegawai tinggi kerajaan. Dia rapat dengan rakyat kerana dia ‘ahli yang berkhidmat’ selaku sekutu rapat kepada yang berhormat yang terpaksa bermastautin di Kuala Lumpur kerana tugas. Kalau ada PRK macam di KT adakah si E akan membantu setulusnya? Tepuk dada tanya IMAN !

7. Ini lah realiti di KT. Tentunya amat mustahil mana-mana calon BN boleh menang. Rumahtangga tengah kucar-kacir beb, tak mungkin rezeki akan masuk rumah. Memang free-free Pas menang. Letak A atau B atau C atau D atau E ke, tentu kalah. Kesemua mereka ni bukan kecil anak, mereka adalah pemimpin yang punya potensi yang sangat besar, network mereka atas dan bawah.

8. Yang UMNO tak ada diperingkat pimpinan bahagian dan cawangan adalah unity. Unity atau perpaduan adalah perkara nombor wahid untuk menang dalam peperangan. Kalau unity tak ada, membazirlah, umpama tuang RM atas daun keladi lah. Duit segunung pun boleh jadi lembah.

9. Selain Unity, yang keduanya adalah mengenai tanggungjawab dalam kepimpinan. Sesungguhnya kepimpinan itu adalah Taqlif dan bukannya Tasrif. Kepimpinan itu adalah pertanggungjawaban dan bukannya barang kemewahan. Pemimpin UMNO berlagak sungguh, khalayak tengok sangat memualkan.

10. Perkara ketiga adalah tentang demokrasi dalam UMNO. Ramai pemimpin kita kabur tentang demokrasi lantaran akhirnya tidak terdaya menerima hakikat kekalahan. Jauh sekali untuk punyai semangat ‘biduk berlalu kiambang bertaut’. Yang menang pulak terus sombong dan bermewah-mewahan. Yang terlaksana adalah, semangat ‘siapa menang dapat semua, siapa kalah hilang semua’.

11. Kalau gini lah gayanya, jika ada 1000 PRK, BN akan kalah dalam 1000 PRK. Mungkinkah Trengganu akan jadi macam Kelantan pada PRU 13 nanti?. Tak mustahil, jikalau kemelut kepimpinan ini terus menghantui UMNO Terengganu. DS Najib, jangan cakap je; BUAT, LAKUKAN TRANFORMASI DALAM UMNO.

2 comments:

Ahmad Saabun said...

Begitulah budaya yang sudah sebati dalam Umno. Dulu umno macam ne juga tetapi ketika itu tidak ada parti lain yang boleh memberi saingan rapat kepada Umno, jadi Umno tak heran sangat. Hari ne..kalau penyakit umno terus-terusan macam tu, nasib di Pru13 sudah boleh diramal.

Anak Kampung said...

Sdr Saabun,
UMNO dah masuk ICU. Ia memerlukan rawatan dan pembedahan. Saya masih berharapan Dr pakar yang baru yang akan merawat UMNO tahu apa yang nak dirawat dan apa yang nak di bedah.

Tidah mudah, tapi esok masih ada untuk mereka yang masih mahu bertaubat. InsyaAllah.