Sunday, January 25

SELANGOR BERSIH, MAJU DAN BERKEBAJIKAN


1. Tan Sri Khalid, tak boleh ke kalau tak bohong? Tak boleh ke kalau tak tipu? Tak boleh ke kalau tak dusta? Semua ‘politician’ Melayu Islam ni kerja nya bohong rakyat, tipu rakyat dan dusta rakyat?

2. Kenapa perlu tipu? Bersilat politik itu tak aper. Macam silat Tok Guru dengan Bro Kit Siang, ezam dengan Pak Sheikh. Itu bukan tipu.

3. Kerja MB ni macam kerja PM. Memerlukan tahap kepimpinan, kebolehan dan amanah yang sangat tinggi. Kerja MB ni bukan macam kerja ketua kampung JKKN atau JKKP. Dak macam tu. Dak juga macam kerja penghulu mukim. Kerja MB ni jaga beribu-ribu kampung dan beratus-ratus mukim.

4. Amanahnya adalah untuk jaga wang berbillion. Kalau wang SIC pun boleh diselewengkan, boleh kah kita percaya khalid untuk jaga beratus juta wang PKNS atau beribu juta wang amanah rakyat Negeri Selangor ? Tepuk dada tanya lah Iman !

5. Perlukah MB yang membohong, menipu dan mendustai rakyat dipertahankan? Kalau kita nak masyarakat yang adil dan pemimpin yang punyai moraliti yang tinggi, kenapa kita perlu ‘double standard’. Keadilan bukan begitu caranya. Atau pemimpin politik melayu islam ini semua nya sama? Wal hasil balik asal?

6. Itu bukan cara nya Malaysia yang kita impikan. Malaysia yang boleh dikongsikan dengan kepelbagaian ras bangsa, agama dan resam.

7. Tentunya kita akan menjadi mangsa kealpaan untuk terus-terusan mempertahankan pemimpin yang membohong, menipu dan mendusta.

8. Berubah lah. Katakan yang benar walaupun ianya mungkin pahit. Hindarkan lah yang mungkar walaupun mungkin ia nya manis.

9. Marilah kita sama-sama membina negara Malaysia yang adil untuk semua rakyat Malaysia. Perangilah penyelewengan.

10. Selangor Bersih, Maju dan Berkebajikan.

11. MUNGKINKAH Selangor BERSIH maknanya bila MB sudah ‘membersihkan’ wang SIC, Selangor MAJU maknanya bila Selangor sudah miliki ladang babi mega Moden, Selangor BERKEBAJIKAN maknanya bila EXCO bermewahan dengan kereta baru Camry.

12. Maka alkisah sudah tercapailah MANIFESTO PRU 12 yang lalu!.

5 comments:

gotahlantun said...

KALAU TAK MENIPU SEKALI DALAM SATU HARI, SAKIT PERUT TAN SLI LALIT.
BAB TULAH DIA MESTI BUAT KALAU TAK ALAMAT DIA PULAK YANG MENDAPAT.LEBIH2 LAGI DIKELILINGI OLEH PAKAR2 PERUT BOROY.

JANJI TINGGAL JANJI LA NAMPAKNYA.
ABUK PUN TARAK!!!.

cacamerba said...

Boleh harap ke Khalid tu? Cuba tanya orang yang pernah bekerja di Guthrie dulu? hahaha

Generasi Pejuang Bangsa said...

Imej Khalid ini skrg sudah terjejas ..imej penipu rakyat sudah banyak kali beliau buat..

untuk mengelakkan lebih parah dan barah dlm pakatan di selangor ,letak jawatan la wahai Khalid !!

Anonymous said...

Saya kehairanan membaca nukilan tuan. Kapal sudah hendak karam masih dikatakan kukuh. Kapal kita yang hemdak karam, kita sibuk pasal kapal orang lain. Apa yang patut dibuat perbaiki kapal kita dahulu, pastikan jangan karam, barulah hendak ambil tahu kapal orang lain. Kalau sudah karam, apa pun tidak ada. Tidak tahulah pulak, sudah lemas masih lagi mahu ambil tahu kapal orang lain.

Anak Kampung said...

Sdr Dr Azmel,

Wajarnya kita bina Malaya dengan prinsip kerukunan yang hakiki. Manipulasi mana-mana politikus dari mana-mana parti elok diperangi tanpa kita pilih bulu.

Malaya ini warisan kita, anak, cucu, piut dan keturunan kita. Wariskan yang terbaik untuk mereka.