Khabar yang menyebut Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu mempelawa Barisan Progresif India (IPF) untuk bergabung dengan partinya, tidak akan memberikan sebarang kekuatan kepada Barisan Nasional. Bukan itu penawarnya untuk BN mendapat semula sokongan kaum india!.
Nampaknya Samy masih tidak berpijak dibumi yang nyata. Itu bukan isu kaum india. Ada ketua cawangan MIC beritahu isu kaum india ada tiga.
Pertama soal Samy Vellu sendiri yang amat dibenci oleh kaum india. Seperti mana suatu waktu dahului Mahathir pernah jadi liability kepada Umno. Sekarang pak Lah pulak disebut menjadi liabiliti kepada Umno. Samy sebenarnya telah menjadi liabiliti kepada MIC sejak lebih 10 tahun yang lalu.
‘Ramai orang india meluat sangat tengok dia ni’, kata seorang lagi kawan ahli MIC. Macam mana nak dapat undi kalau tengok mukapun orang dah meluat?.
Keduanya adalah soal rasuah, penyelewengan dan kronisme dalam MIC. Sifat ini lah yang telah meminggirkan masyarakat india dari sudut pembangunan kalau nak dibandingkan dengan kaum-kaum lain di Malaysia.
Ketiganya soal Hindraf. Tidak keterlaluan disebut pengaruh Hindraf lebih kuat dari MIC atau IPF sendiri. Bilangan kaum india sendiri lebih banyak sekarang di Parlimen berbanding dengan yang pernah dipunyai oleh MIC sejak parti itu ditubuhkan. Bayangkan kalau MIC boleh tewas dikubu paling kuatnya sendiri di Parlimen Sungai Siput atau Dun Ijok.
Jawapan yang kita nak dengar adalah Samy letak jawatan segera. Itu penawar yang paling mujarab untuk BN. Selagi Samy masih main politik dalam BN selagi itulah BN 'is in the losing side'. Pemimpin kompenan parti politik ni kena kurangkanlah politicking dalam parti.
MIC kena reform seperti yang yang dilakukan oleh Lim Kim Yik kepada Gerakan dan seperti yang dilakukan oleh Lim Liong Sik kepada MCA. Seperti yang dilakukan oleh Mahathir, Pak lah kepada UMNO dan seperti yang akan Najib terus lakukan kepada Umno.
Najib sebagai pengerusi BN kena buat BN 'total reform' kepada parti yang semakin tua ini, baru lah imej parti gabungan ini akan berseri. Kalau kosmestik reform atau olok-olok reform itu namanya menipu rakyat. Rakyat dah tak nak ditipu !.
1 comment:
Salam,
Agaknya MIC tu dh x ada calon yang boleh di jadikan ketua kot sbb tu lah yang tua dan nyanyuk mcm tu gak di angkat dan dijulangnya. pemimpin2 pelapis yang dah lama jadi pelapis ntah bila dapat peluang sbb kekadang mrk jadikan bidang politik sbg tpt cari makan so klu dh x duduk sbg ketua mcm mana nak cari makan.. bila plak ada pelapis yang pandai sikit mulalah plan nak pancung bukan nak bekerjasama untuk kepentingan bersama... tu lah susahnya org BN guna politik untuk sesuatu bagi kepentingan diri bukannya lagi kerana agama, bangsa dan negara.
Post a Comment