Friday, January 30

Bila Tok Guru yang semakin angkuh


Nik Aziz anggap UMNO pokok hampir mati

KOTA BAHARU 30 Jan. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perkembangan dalam UMNO sekarang menunjukkan parti itu hilang daya tarikan sehingga ada pemimpinnya yang berpaling tadah.

Katanya kalau diibaratkan sebatang pokok, UMNO kini sebuah parti yang hampir mati dan akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum menjadi pokok mati.

“UMNO kini tiada daya tarikan atau `graviti’ untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya dan ini menyebabkan ramai ahli dan pemimpinnya mula berpaling tadah menyertai parti pembangkang, terutama Pas,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Anggota Exco Kerajaan Negeri Datuk Anuar Tan di sini hari ini.


****************************************************

Lapuran utusan online ini sekadar memperlihatkan 'keunikan' mursidul Pas. Betapa hebatnya dia sekarang, selepas sudah berdiri megah diatas pentas DAP bersama Bro Kit Siang. Cakap besarnya betul.

'Kata-kata semangat' ini tentunya akan membuat orang Umno tersenggih dengan pemimpin parti yang semakin tidak ketahuan sekarang. Hoi bangun lah! Betul nasi dah jadi bubur, tapi masih belum terlambat. Bubur pun buburlah. Bubur tu boleh buat nasi himpit. Makan dengan sambal kacang sedap tau.

5 comments:

kluangman said...

PAS lebih baik membaiki dan menguatkan diri sendiri dengan belajar dari kesilapan UMNO. PAS juga akan berhadapan dengan krisis dan perebutan jika mereka mula memegang kuasa kerana pemimpin mereka juga terdiri dari golongan tamak dan haloba.

Pemimpin PAS sanggup tanggalkan serban jika mereka terlalu sangat akrab dengan DAP dan Anwar.

Nik Aziz juga sudah sampai di alam puncak yang kian pudar dan tidak lagi menjadi ikutan kerana pengaruh dan kata katanya bukan satu lagi keramat dan arahan. Cadangannya supaya calon KT diberi kepada Mat Sabu tidak dihiraukan lagi. Malah PAS lebih menang bergaya dengan Wahid.

Ayam tambatannya Husam Musa jelas dijinak dan diperlekehkan Khairy dengan mudah

gotahlantun said...

SALAM,

UMNO perlu mencari dan kembali menjadi wadah perjuangan, pencetus minda dan menjadi jambatan antara rakyat dengan pemimpin. Kembalikan tugas UMNO sebagai tempat orang ramai mengadu kesusahan, tempat menyalurkan bantuan, tempat orang mencari perlindungan dan menjadi payung bagi rakyat.
Dan memang betul tu bro... makan nasi impit dengan kuah kacang memang sedap..ada sate plak tu...huhu..

melayuangkat said...

Assalamualaikum,

InsyaAllah TIDAK kot, InsyaAllah tidak akan Mati UMNO sebagai yang Tok Guru harapkan.

Kepada sesiapa yang hendak tinggalkan UMNO itu adalah hak dia, Orang PAS pun ada yang tinggalkan PAS. Biasalah manusia sering hati berbolak balik.

Tahniah pada Tok Guru kerana sudah dapat Sahabat Sepejuangan sebaik DAP!! DAP jugalah yang membantu MB Perak Nizar memerintah Negeri Perak Darul Ridzuan. Memang patut Tok Guru berterima kasih pada DAP.

kluangman said...

Pemimpin UMNO selalu di ingatkan oleh akar umbi tetapi mereka merasa terlalu pandai dan tidak menghiraukan dan akibatnya kini bergelut untuk menarik kepercayaan dan keyakinan ahli - sesuatu yang perit.

Begitu juga PAS - jika saranan dan ingatan ahli tidak diperdulikan kerana mereka merasa sudah berjaya atas ujian kecil Allah ini - maka mereka juga akan hanyut dan sesat.

Anonymous said...

Asslm. Yang ni saya tak setuju. Sebab islam itu syumul termasuklah siasah syariah. Boleh tanya adik dulu kat PD intake berapa....FM: bekas Gurkha Malaya Tapah