Monday, January 19

Muhasabah Kuala Terengganu ; 1


Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) perlu melakukan perubahan jika parti itu jika ingin kejayaan dicapai dalam pilihan raya akan datang.

Punca kekalahan di Kuala Terengganu adalah kerana kebencian rakyat terhadap kepimpinan parti itu.

"Semua orang tak suka kepada Pak Lah dan calon pilihannya.

"Namun masalah BN ini ialah meletakkan calon yang tidak disukai oleh orang ramai semata-mata kerana dia ialah calon Pak Lah.

Beliau berkata antara langkah yang wajar dilakukan BN bagi mengembalikan sokongan rakyat ialah dengan menyingkirkan pemimpin yang tidak diterima oleh rakyat dan terlibat dengan rasuah.

"Tapi apa yang kita lihat pemimpin yang tidak dipercayai serta terlibat dengan rasuah, mereka masih dipilih sebagai calon dalam pemilihan Umno.

"Jika mereka dipilih sebagai calon dan menang, dan selepas menang mereka menjadi anggota pentadbiran kerajaan, BN akan tewas dalam pilihan raya ke-13... kalau nak menang, singkir dan jangan pilih mereka," katanya.

Bagaimanapun menurut bekas Presiden Umno itu, jika golongan pemimpin yang terlibat dengan rasuah itu masih dipilih sebagai pemimpin Umno, mereka tidak seharusnya dipilih untuk menyertai Kabinet.

"Kekalahan di Kuala Terengganu bukan disebabkan Najib, ini sebab Pak Lah...Najib tak akan dipersalahkan.

"Tapi jika Najib terus memilih pemimpin yang rasuah, saya fikir beliau juga akan tewas dalam pilihan raya nanti," katanya.

No comments: