Sunday, January 18

PENGISTIHARAN BRO KIT SEBAGAI TPM




PRK Kuala Terengganu mengesahkan yang menang sebenarnya bukan BN, bukan juga PAS. Tapi yang menang sebenarnya DAP. Kalau selama ini DAP gagal masuk Terengganu kerana kehebatan MCA, namun dengan bantuan PAS, DAP berjaya menawan Dun Bandar.


Kemenangan Dun Bandar oleh PAS adalah manifestasi sokongan orang cina kepada DAP. Orang cina sudah muak melihat MCA dan umno bermain wayang cina lantaran mereka sedia mencuba untuk PAS dan DAP bermain sarkas bersama. Keputusan mereka adalah mereka seronok melihat sarkas rupanya.


Sarkas ini tidak akan berakhir di PRK Kuala Terengganu sahaja, tapi ia akan dijaja keseluruh Malaya untuk buktikan bahawa pemain sarkas ini benar-benar berkaliber untuk menjadi juara sarkas seluruh nusantara.


Pendekatan sarkas ini sangat mudah. Formula nya cukap murah. Yang perlu cuma kena beralih arah. Dari extreme kiri kepada extreme kanan dan dari extreme fundamentalis kepada extreme kanan. Rakyat terpukau dan akhirnya mereka menang.


PRK Kuala Terengganu membawa mesej penting, khalayak sudah bersedia mengangkat pemain sarkas ini menjadi pemain peringkat nasional. Tentunya khalayak tak kisah kalau akhirnya Bro Kit Siang diangkat menjadi TPM. Khalayak pun tak kisah kalau ada konsep MALAYSIA MALAYSIAN PAP.


Khalayak sudah tak kisah tentang isu BABI, isu Tanah 999 tahun, isu nak hapus hak orang melayu, isu 10% quota uitm, isu kereta camry, isu IFC, isu jabatan bukan islam, isu arak dan ratusan isu lain. Khalayak sudah menghalalkan semuanya itu. Khalayak sedang menuju negara MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI.




3 comments:

GOMO said...

BETUL TU SAUDARA!!!
PAS TIDAK KISAH APA KESAN PADA UMAT ISLAM KHUSUSNYA BANGSA MELAYU!!!
YANG PASTI MEREKA HANYA INGIN BARISAN NASIONAL TUMBANG!!!

APA-APA PUN JANGAN KITA BIARKAN BABI-BABI NI BERGERAK BEBAS!!!

SALAM PERKENALAN!!!

Pa Alif Lam Ya said...

salah ke PAS berjuang atas dasar daulah Islamiah...?
saudara pernah rasa duduk di bawah pemerintahan Pakatan Rakayat ni?
jangan hina para-para alim,para ulama.
teruk sgt dh neh saudara menghina...

hk said...

Sdr Pa,

Saya tidak pernah mempertikai perjuangan PAS. Tak kah main politik namanya bila boleh duduk semeja bertepuk bertampar dengan Bro Kit yang memang diketahui kerana keantianya kepada Islam? Kerana nak raih undi rela melakukan segalanya.

Soal Daulah Islamiah (DI) tu banyak tafsir dan praktiknya. Saudi kata dia DI, Iran kata dia DI, Pakistan kata dia DI, Sudan kata dia DI, PAS kata dia pun perjuang DI, umno pulak kata memang Malaysia sebuah negara DI. Yang menentang DI adalah Bro Kit, Karpal Singh dan kuncu-kuncunya. Kenapa lak nak duk semeja dengan DAP lagi? Sdr, tepuk dada tanya IMAN !