Wednesday, January 28

Najib perlu Fenomena Obama ?


1. Fenomena Obama akan mengubah lankskap politik dunia termasuk negara kecil seperti Malaysia. Moga-moga pimpinan negara dan negeri boleh memahami erti politik baru yang diingini oleh khalayak.

2. Tulisan Nobisha mengenai Obama, hanya muqadimmah, satu permulaan. Tidak semua orang bersetuju dengan pandangan Obama. Namun hakikatnya Obama bukan sekadar President ke 44 Amerika Syarikat. Dia adalah suatu 'ikon' kepimpinan yang terlalu hebat di Abad ke 21.

3. Dia disegani dan amat dikagumi oleh kawan dan lawan. Dia fenomena. Dia lagenda. 'He is really born to be a leader'. Banyak masa saya habiskan mengikuti ucapannya. Ucapan pemashurannya mengundang banyak pengertian ciri-ciri kepimpinan yang praktik. Klik 'you tube' disebelah kanan bawah ni kalau nak dengar sedutan ucapan Obama.

4. Banyak yang kita boleh belajar dari Obama. Tak salah untuk terus berguru. ‘Tuntutlah Ilmu dari buayan hingga ke liang lahad’. ‘Tuntutlah Ilmu walau sampai ke negeri cina’.

5. Ilmu kepimpinan politik ? Tak perlu ke Oxford. Tak perlu ke Harvard. Tak perlu ke Cambridge. Cukup saja ke University Politik Obama, manusia kamus kepimpinan yang bergerak.

6. Macam mana nak jadi fenomena? Perlu ada sifat FITRAH. Mawi pernah jadi fenomena. Mawi ada sifat fitrah yang diingini oleh orang melayu dalam bidang hiburan pada waktu itu.

7. Sifat fitrah bagi pemimpin yang fenomena adalah X factor (Ts M kata wow factor), jujur, tawaduk (humble), berani dan bersih. Yang sukar diterangkan adalah X factor.

8. Adakah fenomena Obama akan jadi fenomena negara ? Atau fenomena UMNO ? Kalau ia menjadi fenomena negara, maka UMNO akan ‘ketinggalan bas’. Kalau jadi fenomena UMNO, ia akan kekal untuk 1000 tahun lagi. UMNO di PERSIMPANGAN. Nak pilih jalan yang mana? Jawapannya ada pada DS Najib !





3 comments:

Muhammad Azli Shukri said...

benar kata saudara itu - kita memerlukan fenomena..

mohsein said...

saya tidak percaya najib ada fenomena itu. dan tidak akan ada fenomena dalam najib.

hk said...

sdr azli,

Terima kasih kerana punyai pandangan yang sama.

Sdr Mohsein,

Terima kasih kerana minat untuk berinteraksi.

Elok juga kita memberikan 'benefit of the doubt' kepada Ds Najib untuk mempamirkan kepimpinannya.

Perubahan sukar dinilai dalam masa 24 jam. Lihatlah 100 hari yang pertama pentadbirannnya nanti.