Thursday, January 22

Politik Lembu ; Ezam Checkmate Khalid Ibrahim


1. Gerakan Anti Korupsi (GERAK) adalah sebuah institusi yang ditubuhkan oleh Ezam Md Nor untuk memerangi rasuah. Laporan GERAK semalam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengenai politik lembu, menguatkan lagi spekulasi bahawa hayat Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sekarang berada dihujung tanduk.

2. Politik Khalid adalah politik ‘nerd’. Politik buat-buat bodoh. Khalid MB yang penuh kontroversi dari politik Babi ke politik Camry dan kini politik Lembu.

3. Dalam isu Babi, Khalid nafikan projek itu telah diluluskan, sedangkan EXCO nya Terresa Kok dalam laman blog menyatakan dengan bangga projek Ladang Babi Mega telah diluluskan dalam Mesyuarat EXCO.

4. Dalam isu pembelian Toyota Camry, Khalid berkata, harga 10 kereta itu hanya RM130,000 seunit. Beberapa hari kemudian Khalid mengakui harga kesemua kenderaan itu RM2.32 juta bermakna harga bagi setiap unit adalah melebih RM154,000.

5. Sikap beliau pusing sana atau pusing sini, belit sana atau belit sini dalam menjawab pelbagai isu di Selangor menyamai bidalan melayu, ‘Siakap senohong, gelama ikan duri, tak cakap bohong, tak boleh jadi MB’.

6. Dalam isu lembu, Khalid terus memperbodoh dan membohongi rakyat Selangor.

7. Beliau yang mengakui ada penghantaran 46 ekor lembu korban ke parlimen Bandar Tun Razak menganggap isu itu kecil, tidak tahu siapa yang membuat pembayaran malah mendakwa tidak tahu wujudnya Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) yang membayar RM110,400.00 harga haiwan tersebut.

8. Dalam common law, ‘ignorance of laws is no excuse’.

9. Yang sangat mengaibkan, setelah dibuat semakan, yang membuat pembayaran adalah SIC, syarikat milik penuh PKNS yang di pengerusikan sendiri oleh Khalid.

10. "Saya ingin menjelaskan bahawa dana kerajaan negeri memang tidak digunakan bagi membiayai pembelian lembu-lembu korban berkenaan," katanya.

11. Kita nak tanya, wang anak syarikat kerajaan negeri itu bukan kah dana kerajaan negeri? Pelajar Tadika Pasti PAS pun boleh jawab soalan ini.

12. Mungkin juga Khalid ni tak belajar ‘Add maths’ waktu MCE dulu.

13. Khalid juga menegaskan, dana anak syarikat kerajaan negeri termasuk PKNS tidak akan digunakan keluar daripada Selangor.

14. Bandar Tun Razak dalam kawasan negeri Selangor ke ? Ini satu lagi pembohongan.

15. Khalid wajar lepaskan jawatannya bagi membolehkan SPRM menyiasat kes itu secara menyeluruh. Sebelum ini beliau pernah mengarahkan pegawainya melepaskan jawatan kerana dipercayai terbabit dalam rasuah dana sambutan 100 hari pakatan rakyat mentadbir Selangor.

16. Khalid boleh tipu satu orang dalam satu masa, tapi dia tak boleh bohong semua orang dalam setiap masa.

17. Bidalan Inggeris ada menyebut, ‘Power is corrupt, absolute power will corrupt absolutely.’ But even little power, have corrupt very quickly.

18 comments:

PAPA GOMO said...

KHALID TARZAN...http://gomo-no1.blogspot.com/2009/01/tarzan-khalid.html

MELAYUSEPANG said...

politik siakap,politik senohong,
politik gelama,politik ikan duri,
Khalid gagap bohong pun,boleh jadi MB.
Takda calon lain ke......?

Anonymous said...

Let it be...MB Selangor 'spent' money for people.
Not a big issue.
Not like some leaders spent money for cronies...

Anak Kampung said...

Sdrku Ano

Isunya adalah 'morality', isunya adalah 'good governance'. Kita ingat Khalid ada 'good governance' yang tinggi. Hampeh jugak, macam sesetengah MB yang lain. Pemimpin PKR = Sesetengah pemimpin UMNO. 'The decay of morality persist very much'.

Anonymous said...

As a people of Malaysia,We want GERAK sue and make a police complaint that BN want to spent more than RM 1 billion for KT people before the By-election.

Anonymous said...

macam ni la pemikiran org macam lembu. sama macam pengerusi GERAK tu. akibatnya jadila pencacai/ perkakas tak berguna. bila timbul isu macam eurocopter, kapal selam dan perwaja, lidah kelu tak berkata apa2.

konon isu morality. ptuii... cuba buka mata masa prk36, berapa banyak (juta2 rm) ditabur semata2 untuk nak pancing undi? nasib baikla org ganu tk bodo

Anak Kampung said...

Sdr ano

It is overexxagerating to say BN have spend billion for KT. I back to differ with your fact.

Sdr hosni

Kita wajar sudi mendengar kepada mereka yang ingin melakukan yang maaruf dan mencegah yang mungkar.
Mungkin ada yang kita tidak bersetuju. Wallahhualam.

Anonymous said...

saya kecewa isu ini dipolitikan, tiada kesalahan membantu org luar selangor pon, bahkan itu di galakkan, yg pasti korban tu diagih tuk mereka yang layak..

kenapa tidak disamakan dengan digi mensponsor lembu korban kepada pm dan tpm? adakah lembu2 itu didermakan bukan kerana mereka itu pm dan tpm? adakah selepas pm meletak jwtn digi masih sponsor lagi?

isu itu tidak pulak dicanang, klau tuk kebajikan rakyat malaysia, apasalahnya kekayaan dinegeri yg makmur diberi ke negeri yg xberapa nak makmur? kecik hati shahidan kassim nanti..

Anak Kampung said...

sdr Mohsein,

"Saya ingin menjelaskan bahawa dana kerajaan negeri memang tidak digunakan bagi membiayai pembelian lembu-lembu korban berkenaan," kata Khalid.

Kenapa nak bohong rakyat?

SIC yang bayar. SIC adalah anak syarikat PKNS. PKNS adalah GLC Negeri Selangor. Wang GLC itu bukan kah dana kerajaan negeri?

Dimanakah 'good governance' kerajaan negeri dan moral pemimpin yang melaungkan kerajaan yang bersih dalam manifesto pilihanraya !

Anonymous said...

Agreed with Mr Mohsein,
There is bigger fish to fry.More ever,MB Khalid did a good charity even though spending so called public money.
There is other issues involving eurocopter,submarines,tenders directly link to some UMNO leaders.
There also a lot of i can called wasted project involving tax payer money, spent by our good goverment.

Anak Kampung said...

Mr Ano

Big or small, corrupt means corrupt. People should shy away from robin hood politic.

regards

Unknown said...

It's definitely not a waste of the rakyat's money as the cows we're given to the rakyats.

Why came up with such small irrelevant issue while the BN government had clearly wasted public funds for a hell lot bigger amount than this. Please be reasonable when highlighting an issue, it makes you sounded like a joker.

You sir, may be right, BN may not have spent RM1 billion for KT, but STILL, a few hundreds MILLION ringgit WERE spent.

For eg. the air-conditioned tents for the police in KT election alone costs RM10 million.

What about the outstation allowances for the 6,000+ police personnels? As you can see, & if you could think rationally, there is NO need to station such amount of police there.

Now that is a CLEAR example of WASTED public funds. Compared to a few cows which were given to the rakyat? Hah think for yourself!

Anak Kampung said...

Br Exoshear

I really don't understand why we should be double standard in defining the word corruptions and to whom its belong.

People should walk talk without fear or favour in fighting against corruption.

Regards

Anonymous said...

As a citizen of Selangor, I do believe MB Khalid did a good and better governance compare to others.
Is not big concern because he donated cows to the people.He didn't pocketing the money.
Umno Selangor did good job by fetching “check and balance" to the contemporary Selangor government.

Anonymous said...

trima ksih menyiarkan komen saya..

1. kenapa perlu menyanggah aktiviti agama? klau umno dakwa membela islam. ini adalah aktiviti dan amalan ajaran islam. klau good governance standard lebih mulia dari islam, terpulanglah..

2. jika khalid menipu pun, bg sy tidak ada apa2. lembu2 itu telah memberi manfaat kepada masyrakat yang layak, sampai kepada yg berhak, kalau umno punya korban, dah amek duit kerajaan, lembu yg rm2k seekor pun akan claim rm5k seekor. yg dapat pun org jkkk saja.pemuda kwsn saja.

3. bg saya PENYALAHGUNAAN kuasa jika bertujuan membantu rakyat, faedah umum, selewenglah berjuta2 pun,mcm kho soo kun dikatakan memberi rm1juta kepada motorola utk kekal di penang, tiada masalah, gunakan duit itu utk rakyat.

4.tragedi dalam umno, duit zakat yg suci dan berbillion pun, rasanya banyk lg org faqir tak dapat. tau-tau dah habis.. tunggu pulak thn depan..

Anak Kampung said...

Sdr Mohsein,

Shariah tidak pernah menghalalkan politik ala 'robin hood'. Prinsip Islam sangat jelas dalam hal ini.

Umno telah memperjuangan Islam sedari awal penubuhannya. Dalam Consti umno pun sebut. Ini juga dicerminkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Islam, Melayu dan Umno adalah 3 perkataan yang tidak dapat dipisahkan. Ia amat berkait rapat hingga sekarang.

Tanggapan sdr lebih sekadar persepsi, dalam soal Tsu Koon atau zakat. Wajar juga kalau sdr tidak berpersepsi, tetapi membuat 'judgement' berdasarkan bukti yang jelas.

WallahHualam.

Anonymous said...

salam saudara

apakah peranan kerajaan?
klau menteri besar menggunakan wang kerajaan untuk korban lembu itu pun salah.

jika itu dianggap "seleweng" oleh umno, maka seleweng lah lagi..

kerajaan itu tugas utama menjaga kebajikan rakyat.

JIKA pemimpin menipu utk kebajikan rakyat dia lebih mulia dari menipu tuk kekenyangan perut sendri, tu yg dah banyak dalam umno

alaaa macam umno tak pernah amek bajet kerajaan negeri bg korban, isu itu tak pernah dikecohkan.

hujah digi memberi korban pun tak disentuh, hanya mengatakan sy mengikut persepsi.. korban umno tak dibolot oleh pemuda dan jkkkk?

saudara pun tahu sistem tol dan cukai dalam umno..

apa yg jadi dgn makmal sains komputer? runtuh satu negara itu.. diam menterinya

Anak Kampung said...

Sdr Mohsein,

Sekali lagi sdr bermain dengan persepsi dan generalisasi. Persepsi itu senipis kulit. Ia terbentuk berdasarkan maklumat, tapi ia belum bertapis samada betul atau sebaliknya.

Membuat keputusan berdasarkan persepsi ni sangat bahaya. Kita akhirnya jadi keliru dan mengelirukan orang.

Wallah Hualam