Saturday, January 3

Wahid Endot yang kuat tidur


Wahid Endut ( Adun Wakaf Mempelam – 4 penggal ) dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu juga telah dikenal pasti sebagai Adun yang selalu tidur dalam majlis.

Wahid Endut yang dipilih “last minute” setelah " giant candidate " seperti Mohd Sabu & Dr Syed Azman (team Erdogan) dan Wan Mutalib & Mustapa Ali (team Ulama) diketepikan oleh PAS. Pastinya ramai pengikut Erdogan dan Ulama yang tidak berpuashati dengan pemilihan tersebut.

Dalam satu sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Wahid Endut pernah mengakui bahawa sepanjang pentadbiran PAS di Terengganu pada 1999-2004, tiada pembangunan yang dibawa oleh PAS ke dalam negeri Terengganu kecuali meniru apa yang pernah dilaksanakan oleh BN.

No comments: