Friday, January 2

Erdogan Vs Ulama : the winner is Wahid Endot


ADUN Wakaf Mempelam empat penggal Abdul Wahid Endut, dipilih PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari ini. Wahid dipilih pada saat akhir apabila Pesuruhjaya PAS Terengganu Mustaffa Ali menarik diri dari di calonkan.

Pemilihan Wahid dilihat sebagai tamparan hebat kepada kumpulan Erdogan yang sangat berkeyakinan calon mereka Dr Syed Azman Nawawi ADUN Batu Buruk akan terpilih selepas calon yang dicadangkan Nik Aziz Nik Mat, Md Sabu tidak dipersetujui oleh Presiden PAS, Datuk Hadi Awang.

Hadi mengakui pemilihan Wahid adalah pertukaran saat akhir. Nama Wahid tidak tersenarai sebelum ini. 5 nama yang pernah disebut-sebut adalah Dr Khazani, Mustafa Ali, Wan Muthalib Embong, Ariffin Deraman dan Dr Syed Azman.

YDP PAS Kawasan Kuala Terengganu ini pernah disifatkan sebagai seorang pimpinan ekstremis PAS apabila banyak kali mencabar Menteri Besar Datuk Idris Jusoh mahupun Datuk Ahmad Said di persidangan Dewan Undangan Negeri.

Abdul Wahid akan berdepan dengan Tokoh tempatan yang berkaliber, yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terenganu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Terenganu.

No comments: