Sunday, February 1

Cross but letter of undertaking, so what !


Memang tiada asas undang-undang kalau 'letter of undertaking' digunakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak untuk menyatakan ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu telah meletakkan jawatan sebagai ADUN.

Pertama letter of undertaking ni adalah perkara kontrak dua pihak iaitu antara Adun ini dengan partinya, PKR. Kontrak ini tidak melibatkan mana-mana pihak ketiga, samada DUN atau kerajaan ngeri. Jadi ia tak terpakai dalam soal kosongkan DUN secara automatik.

Yang kedua nya dalam isu ‘enforceable’ letter of undertaking. Ia tidak terlaksana secara automatik. Ia memerlukan perlaksanaa oleh mahkamah. Mahkamah akan melihat pelbagai faktor untuk membuat keputusan keabsahan surat itu.

Yang ketiga , sangat mudah untuk menafikan letter of undertaking ni. Cukup dengan menyatakan adanya paksaan (duress) maka surat itu pun akan menjadi tidak bernilai.

Kepada parti yang suruh calon ADUN/MP tandatangan letter of undertaking sebagai barang ugutan untuk menakut-nakutkan maka jawabnya hentikan lah DRAMA ini.


Lompat melompat dah jadi budaya politik Malaya. Tiada yang dapat menghalang kecuali suatu peruntukan undang-undang diperkenalkan untuk menyekat lompat melompat ini.


***************************************************************

Tulisan saya sebelum ini;

Mengejutkan harimau tidur

Lompat itu halal


No comments: