Tuesday, February 3

Kepompong Katak

Seperti dalam tulisan saya sebelum ini melompat itu halal di Malaya. Tiada undang-undang yang menghalang melompat. Melompat dah jadi ‘rule of law’ di Malaya. Setidak-tidaknya ‘conventions rule’.


Jangan salahkan sesiapa kalau ada Adun dan Ahli Parlimen melompat. Pak Lah tak boleh salahkan Adun Bota Nasaruddin Hashim bila dia melompat. Pak Sheikh pun tak boleh salahkan Adun Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering Osman Jailu, bila mereka juga melompat. Kalau ada lagi yang melompat, pun jangan salahkan mereka. Malaya memang negara katak.


Siapa Raja Katak? Ada orang kata Ibrahim Ali. Ada juga yang kata Pak Sheikh. ‘Argument’ mereka 16 September. Dialah yang promosi besar-besaran seantero dunia yang ramai Ahli Parlimen BN akan melompat dan dia akan jadi PM selepas itu. ‘I have the numbers’ katanya, ingat lagi tak ? Ramai kata dia ni bukan sekadar raja katak tapi raja segala raja katak.


Orang luar boleh kata Malaya negara katak sebab Adun dan Ahli Parlimen nya suka melompat. Peduli apa kita dengan orang luar. Kita tak minta sedekah dari mereka.


Melompat tu demokrasi, ada orang kata. Ya, benar demokrasi tidak pernah kenal halal dan haram. 'The end can justify the means', itu politik Khalid Ibrahim. Sampai sekarang dia masih jadi MB lagi. SPRM pun tak berani usik dia!. Sistem demokrasi itu ciptaan manusia. Seperti mana sistem sosialis dan komunis, selagi ia ciptaan manusia selagi itu ia tidak ‘perfect’. Yang perfect hanyalah Islam.


Perlu ker keluar dari kepompong negara katak? Jawapannya ‘yes and no’. Cumanya kita tidak akan boleh lahirkan negarawan kalau ‘politician’ kita berperangai seperti katak atau raja katak.


Pokoknya negara ini telah aman, makmur, maju dan sentosa selama lebih lima puloh tahun merdeka. Negara tumpah darah ku Malaya.


Cuma bila ada orang ajak bermain dam aji maka semua orang pun mula main dam aji, salah ker?

1 comment:

gotahlantun said...

SALAM,

APALAH NAK JADI NIH...LAMBUNG SANA..LAMBUNG SINI..
TAK SUKA BLAH...SUKA MASUK..

TAK PIKIR ORANG BAWAH LANSUNG, ASYIK JAGA HAL SENDIRI JE...
YANG DIBAWAH DAH DEKAT NAK LEMAS NIH..!. YANG DI ATAS MASIH LEKA MAIN LAMBUNGAN.

SUKA2 KAUORANG JER...!!!