Saturday, February 28

DAP Menyemai Resah Gelisah Rakyat

POWER IS CORRUPT, Absolute power will corrupt absolutely. Apa yang dilakukan oleh Sivakumar Speaker DAP di DUN Perak adalah corruption. Abuse of power tu corruption lah.

Sivakumar salah gunakuasa kerana dia membuat keputusan bahawa tiga orang Adun telah meletakkan jawatan. Sedangkan ketiga-tiga Adun itu telah menafikannya.

Tuanku Sultan Perak sendiri telah membuat 'inquiry' dalam hal ini dan membuat keputusan yang mereka tidak meletakkan jawatan. Namun Siva sangat besar kepala. Dia fikir kuasa dia sebagai speaker lebih besar dari kuasa Sultan.

Sivakumar menyalahgunakan kuasa yang kedua apabila dia menggantung 7 orang keanggotan Adun Perak termasuk MB Dr Zamry Kadir. Siva tak ikut Peraturan Tetap Sidang Dewan dengan membuat keputusan itu diluar sidang dewan. Dia tidak boleh gantung Anggota Dewan tanpa sidang Dewan. Itu basic rule.

Siva juga telah mencabar institusi Raja Melayu apabila dia menggantung keanggotaan Dr Zamry, orang yang Tuanku perkenan sebagai MB yang baru yang sah.

Sivakumar melaksanakan kuasanya dalam kedua-dua perkara ini secara bad faith. Hasrat Siva adalah hendak menggurangkan bilangan sokongan BN di Dun Perak secara penggantungan keahlian.

Yang terbaru Siva panggil Sidang DUN secara tergesa-gesa. Tindakan Siva ini telah menimbulkan rasa resah dan gelisah di kalangan rakyat Negeri Perak. Resah gelisah ini boleh menggangu ketenterman awam. Ini boleh mengancam keselamatan dalam negeri.

Ada beberapa pilihan yang ada pada Dr Zamry sebagai Menteri Besar. Pilihan yang terbaik adalah untuk memohon injunksi di mahkamah untuk menghalang sidang DUN dari diadakan. Asas permohonan adalah untuk mahkamah putuskan mengenai kedudukan Ahli Dewan yang digantung oleh Siva.

Next step adalah untuk Dr Zamry 'remove' Speaker yang salah gunakan kuasa dan yang tidak bertanggungjawab ini.

Dr Zamry berhadapan dengan kengkagan masa. Cuma pesan saya naik lah pesawat kebangsaan MAS, yang pasti pesawat ini tidak akan 'delay' berbanding dengan pesawat yang satu lagi.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

melayuangkat said...

Orang TAK PERNAH rasa KUASA...tup tup Orang Melayu juga yang menyebabkan dia jadi Speaker........biasalah. Bukan boleh bagi muka dengan species begini. Faham fahamlah. Tengoklah mana mana ada sahaja dia orang, memang haru baru.

Anonymous said...

Ya memang saya gelisah sekarang ni ditambah lagi dengan kelulusan Nama ALLAH dibenarkan pada agama lain. Jangan kerana kepentingan, arahan yang telah diwartakan dilanggar. Silap atau tersilap bukan persolannya. Ingat kita ada anak cucu, jangan kita dipersalahkan kemudian hari dengan kesilapan yang memalukan. Jangan gopoh. Siapa yang kita harapkan untuk menjaga Agama Islam, kalau bukan Umat Islam sendiri. Habis kalau Umat Islam sendiri yang tak nak jaga, kita nak harapkan dia jaga ke? Fikirkan lah dengan berlapang dada. Ikutkan hati akan mati, Ikutkan rasa akan binasa, Ikutkan nafsu akan lesu. Ikutlah akal yang berpandukan AlQuraan & AlHadis.