Monday, February 16

Free Sex

Pak Imad, seorang konsultan IKD dalam siri program pembangunan insan di IKD pada sekitar tahun awal 90 an. Dalam siri kuliahnya, beliau selalu menyebut 3 Cabaran setiap pemimpin iaitu 3 TA. harTA, tahTA, waniTA(nafsu).

Pak Imad adalah seorang islamik figure yang disegani di Indonesia dan pernah menjadi konsultan Pak sheikh sewaktu pak sheikh menjadi pak menteri dulu.

3 perkara ini telah menjadi cabaran pemimpin politik malaya. Kita tahu bagaimana politik khalwat pernah melanda Mohamad Sabu PAS dizaman mudanya. Chua Soi Lek pula meletak jawatan kerana skandal seks. PKR lebih kehadapan dalam skandal ini.

Kebimbangan saya adalah jika 'free sex' sudah menjadi 'values' yang diterima oleh masyarakat sebagai perkara yang menjadi 'harus' kepada pemimpin di malaya.

Khalayak mendengar cerita Adun PKR Bukit Selambau yang telah hidup bersekedudukan sehingga melahirkan anak. Isu ini telah diperbahaskan orang di kedai kopi yang akhirnya orang itu letak jawatan dan PRK diadakan di Bkt Selambau.

Kemudian timbul cerita Adun PKR Pelabuhan Klang di tangkap Basah oleh isterinya sendiri. Dia dikatakan telah 'melarikan' diri ke Medan sejak ceritanya tersebar.

Yang terbaru adalah cerita gambar bogel Adun PKR dan Exco Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid nerd. Yang nyata skandal seks tidak hanya melibatkan politician lelaki sahaja. Kali ini wanita. Dia mengaku itu gambarnya. Sebagai pimpinan Kanan Wanita PKR inikah suri tauladan yang hendak ditunjukkan oleh Ely kepada kaum wanita? Aduh.

Rakyat Selangor sedang menunggu agar demokrasi di tegakkan di Bukit Lanjan. Pilihanraya kecil di Bukit Lanjan perlu diadakan. Sudah terang lagi bersuluh Ely wajar letak jawatan. Contohi Bukit Selambau.

Ini kah ciri-ciri 'new politics' di Malaya yang diketengahkan oleh pak sheikh ? Politik seks ? Seks bebas sudah menjadi values dalam parti?

Adakah juga dalam ingin mencapai demokrasi barat dan kebebasan mutlak, mereka telah menghalalkan seks bebas untuk meraih sokongan pihak-pihak tertentu ? Matlamat menghalalkan cara? Asalkan dunia ini ana yang punya ! Kuasa oh kuasa.

Kenapa tok alim dalam PAS diam membisu dan mereka terus bersekongkol dengan PKR? Adakah bersekongkol dengan pembudaya seks bebas itu lebih baik dari berkawan dengan kawan yang satu bangsa, satu agama ?

Orang tanya kenapa PKR ? Jawapan saya, Bapak borek Anak rintik. Yang ini pak sheikh kena jawab.

2 comments:

ALAM said...

Kalau di barat sekali pun pemimpin yang tidak bermoral terpaksa meletak jawatan, mana ada pemimpin yang tak bermoral dapat mempertahankan jawatan.

Tanyalah Komen Dr. Lo Lo..., jangan berdiam sahaja.

ikuti komen saya
http://alam-pendiat.blogspot.com/2009/02/dari-permatang-ke-kuala-terus-ke-bukit.html

Anonymous said...

Pak Sheikh nak jawab apa??? Dia senyum aje la sebab makin ramai anak buahnya mengamal budaya yg sama...