Khalid Ibrahim meneruskan politik nerdnya dalam isu kenderaan SUV Lexus apabila beliau telah mengistiharkan kenderaan peribadi itu sebagai kenderaan rasmi. Oleh yang demikian kenderaan itu dihalalkan untuk diselenggara menggunakan wang kerajaan negeri.
Isunya :
1. Dr. Khir Toyo tuduh GLC Selangor belikan Khalid Ibrahim sebuah kereta SUV Lexus bernombor pendaftaran WQR 779.
2. Khalid Ibrahim menafikan GLC belikan dia kereta. Dia kata itu kereta dia, dia beli cash sebelum jadi MB.
3. Pemuda UMNO Shah Alam dan PJU buat lapuran SPRM dan Polis bahawa khalid salah guna kuasa dengan menyalah guna wang kerajaan negeri sebanyak RM7,797 untuk kegunaan peribadi iaitu menyelenggara kereta Lexus miliknya itu. (Alat ganti termasuk tayar berjenama Michelin dan pemasangan cermin gelap).
4. Khalid pertahankan tindakannya menggunakan wang kerajaan negeri untuk memperbaiki kereta peribadinya. “Kenderaan SUV Lexus bukan kenderaan peribadi tetapi ia adalah kenderaan rasmi saya sebagai Menteri Besar. Itu (Lexus) saya telah isytihar sebagai kereta rasmi Menteri Besar, bukan saya gunakan sepenuh masa dan untuk kegunaan peribadi, saya gunakan kereta lain”.
5. Tambah Khalid lagi “Ia satu amalan biasa bagi perbendaharaan luluskan peruntukan untuk penyelenggaraan kereta untuk tujuan urusan rasmi”,
Soalannya :
1. Bolehkah seorang penjawat awam yang telah diberikan kenderaan rasmi untuk istihar kenderaan peribadinya menjadi kenderaan rasmi.
2. Jikalau jawapannya positif, kita nak tahu apa prosedur nya ?
3. Boleh kah seorang penjabat awam menggunakan wang kerajaan untuk memperbaiki kereta peribadinya? Ya kenderaan peribadi, bukan kenderaan rasmi yang diberikan oleh kerajaan.
4. Kalau jawapannya positif, kita nak tahu dibawah peraturan mana dan undang-undang-undang mana perkara ini diizinkan.
Saya tidak pernah menjadi penjawat awam, saya tak tahu peraturan-peraturan diatas. Namun dari pelbagai rujukan yang saya buat, jawapan untuk kedua-dua perkara diatas adalah negatif. Pemuda UMNO ada merit.
Soalan tambahan - kenapa yer Khalid cakap belit-belit ? kejap kata tidak, kejap kata ya.
Joke khalid tak kelakar lah. Teruskan lah politik nerd kamu wahai MB !.
Cuma saya sedikit tersenyum bila Khalid berkata "Saya lebih selesa dengan Lexus sebab itu saya tidak gunakan Camry sebagai kereta rasmi."
Penyakit hedonisme Nizar dah menular ke Khalid. Tapi Khalid lebih 'berselera' dari Nizar. Tandanya apa? Tandanya hari Khalid sebagai MB Selangor semakin di bilang oleh rakyat Selangor !
4 comments:
Apabila seseorang terjun ke politik atas asas peribadi atau atas pujukan kawan atau suka suka ikut atau kerana dendam - beginilah jadinya.
Mungkinkah Khalid letak jawatan kerana 'rimas' tanpa tunggu dipecat oleh Sultan Selangor.
Kluangman is a smart observer and he is right.
Walaupun lompat parti tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang tetapi ia tidak sepatutnya boleh menyebabkan parti pembangkang mengambil alih kuasa secara automatik. Kalau pengambilan kuasa secara automatik ini dibenarkan maka kerja kita tidak ada lain melainkan sentiasa mengusahakan ADUN-ADUN melompat parti sahaja.
Akhirnya tahun ini mungkin BN dapat kuasa, tahun depan bertukar ke PR pula, bergantung kepada keaktifan katak-katak dalam negeri tersebut.
Oleh itu cara yang lebih bermaruah, selain dari membenarkan ADUN melompat parti, Menteri Besar hanya boleh dilucutkan hanya melalui undi tidak percaya ahli dewan atau MB sendiri yang sukarela letak jawatan.
Pengambilan kuasa secara automatik melalui lompat parti seharusnya tidak dibenarkan.
Sdr Alias,
Saya setuju dengan pandangan sdr. Namun untuk mengelakkan lompat, parliment perlu gubal 'anti hoping law', baru ianya boleh dilaksanakan. Kalau tidak kita akan bergantung kepada 'conventions' yang membenarkan perbuatan lompat ini.
Mengenai 'formal sitting' DUN untuk menentukan kesahihan MB, Perlembagaan Negeri tidak menyatakan demikian. Jadi ianya terbuka untuk pelbagai interpretasi. Sekali lagi 'convention' mengambil tempat.
Sdr Melayuangkat dan Kluangman,
Kerusi MB Selangor ini 'panas' dari dulu. Ramai MB Selangor yang tak sempat menghabiskan 'term' mereka. Saya yakin Khalid adalah MB Selangor yang keempat tidak dapat menghabiskan 'term' atas sebab-sebab yang rakyat semakin tahu.
Post a Comment