Sunday, February 8

Nizar gila talak

Gila talak. Bukan orang yang bercerai saja gila talak. Di bumi Malaya orang yang dilucutkan jawatan pun gila talak juga. Pelik binti ajaib. Benar tak tipu.

Apabila DYMM Sultan membuat pemilihan dikalangan mereka yang harus menjadi MB Perak pada bulan Mac tahun lalu, bukan Nizar saja yang disenarai pendek. Kalau ikut demokrasi YB Ngeh atau Ngaa yang patut jadi MB sebab DAP punyai ‘command’ di DUN Perak. Namun oleh kerana Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak mensyaratkan orang Melayu dan Islam sahaja yang boleh menjadi MB, maka terpilih lah Nizar dalam perkahwinan 3 penjuru yang melibatkan DAP, PKR dan PAS.

Sebagai ketua keluarga yang ‘tak cukup sifat’, Nizar sentiasa dipimpin rapat oleh pasangan-pasangannya. Makan, pakai dan urusan dirinya ditentukan oleh mereka. Dalam istilah politik ini disebut boneka. ‘Puppet’. Nizar terpaksa membonekakan dirinya kerana PAS memang tidak ada ‘numbers’.

Hidup lah dia dalam kemewahan, semuanya berganti. Rumahnya, keretanya dan lain-lain lagi. Sedap rupanya jadi MB ni. Banyak tak banyak, sikit tak sikit dapat lah dalam + - RM50,000.00 sebulan gaji, elaun dan imbuhan. Yer sebagai CEO di Perak. Itu tak termasuk hasil mashul balak, pasir dan projek yang juga ‘disapu’.

Namun semuanya tak kekal bila ada pasangan yang tarik diri. Maka kucar-kacirlah keluarga. Nizar ingat panas sampai kepetang, rupanya hujan ditengah hari. Hujan bukan sebarang hujan, lebat sungguh. Sampai bah.

Kini beliau bukan MB lagi. DYMM Sultan Perak yang melantik, suruh beliau dan barisan Exconya letak jawatan atau 'alternatively' lucut jawatan 'automatik' sebab dah tak cukup sokongan di DUN. Namun beliau masih berdegil. Dia nak DYMM Sultan dengar cakap dia! Dia ni siapa hah? Ini orang sesuai dok kat bulan.

Sikap dan perangai Nizar sama dengan beberapa bekas MB UMNO yang enggan dengar nasihat PM supaya berhenti atau dinaikkan bertanding di Parlimen dalam PRU 12. Akibatnya robek banyak negeri UMNO. Semuanya angkara hedonisme yang cukup banyak sebagai CEO negeri.

Penyakit ini dah merebak kepada pemimpin PAS macam Nizar. Nizar tak belajar perkara ini.
Nizar tak mahu keluar rumah. Dia tak bercerai, dia kata. Maka rumah itu pun terus dihuni bersama suku sakat yang turut berkampung.

Terbaru Nizar mengadakan pula 'mesyuarat Exco'. Mesyuarat yang dilangsungkan dengan kehadiran semua bekas anggota Exconya. Ini mesyuarat haram sebab MB dah haram dan Exco pun dah haram.

Kata Mohammad Nizar, 'mesyuarat Exco' itu diadakan untuk membincangkan perkara-perkara yang masih tertangguh. Meskipun setiap hasil mesyuarat Exco wajib dimaklumkan kepada Sultan Perak, namun kali ini beliau mendakwa, keputusannya boleh dilaksanakan terus oleh agensi-agensi terlibat. ''Tidak perlu juga menerusi Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kerana kita akan terus salurkan kepada 'anggota-anggota Exco kita'," katanya dengan penuh yakin. Ini Politik nerd macam Khalid Ibrahim.

Di mana silapnya sampai Mohammad Nizar 'buta hati' mengadakan 'mesyuarat Exco' berkenaan. Siapa yang akan melaksanakan 'keputusan-keputusan yang diluluskan itu.' Ultra vires. Ini kepalsuan. Rakyat ditipu lagi oleh Pakatan Rakyat.

Dia hanya main wayang, yer wayang cina. Mesyuarat itu tidak sah, macam mesyuarat budak-budak. Ingat masa kecil-kecil dulu, main masak-masak, main perang-perang. Samalah tu. Mesyuarat olok-olok.

BEGITULAH kalau terlalu ikut kata hati. Hedonisme sudah menguasai diri.

Nizar sudah gila talak, bahasa mudahnya. Hanya tok bomoh kelas pertama yang boleh mengubatinya.

3 comments:

Anonymous said...

Ini ialah laporan The Star. Karpal Singh minta Anwar Ibrahim bertaubat!

GEORGE TOWN: Cracks appeared again in the Pakatan Rakyat with DAP chairman Karpal Singh calling on PKR advisor and de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to step down.

Blaming Anwar for creating trouble in the opposition alliance, he said PKR needed a new leader.

“He (Anwar) has created enough trouble and it is time for him to bertaubat (repent).

“It’s time PKR got itself another leader,” he told a press conference at his office here Sunday.

Karpal Singh said members of PKR and DAP had fallen sway to the rhetoric of Anwar, who had supported the cross-over of elected representatives.

Sumber: http://www.thestar.com.my

melayuangkat said...

Assalamualaikum,

Bukan mudah untuk sesiapa juga menerima apa apa ujian yang buruk bagi dirinya. Sesiapa pun tidak terkecuali melainkan mereka yang BerIman.

Dari sinilah akan terjemahnya Iman seseorang itu. Iman tidak boleh dijual beli. Iman tidak boleh tercipta semata mata kerana jadi Ahli satu Parti yang mengaku Islam sebab lambangnya lambang Islam kononnya.

Memang senang mengaku kita orang Islam dan BerIman tetapi belum tentulah melainkan jika telah diuji dan Ridho menghadapinya.

Ia tidak mudah. Memang betul, kalau tidak boleh terima dan pasrah dengan takdir atas diri kita, kita boleh jadi macam gila talak bahkan lain orang lain pulak gilanya, ada yang gila nak jadi Perdana Menteri, macam macamlah..

Kadang kadang di luar nampak normal tetapi gila nak jadi PM. Maka macam macam dirancang untuk jahanamkan negara dan bangsanya sendiri. Dihasut kehulu kehilir satu Malaysia, habis kecoh. Tunggang terbalik, duit kerajaan habis semata mata nak buktikan dia masih laku nak jadi PM dengan kembalinya ke Parliment. Tak kiralah caranya, ambil alih tempat orang lain ke, tak kiralah.

Ramai yang termakan kata kata sebab orang gila memang geliga otak mereka. Terutama kepada hal yang tak senonoh. Halus gilanya, bukan semua orang dapat menghidu kegilaannya.

Waliyazubillah, semoga Allah swt jauhkan kita dari sifat sifat keji dan Selamatkan kita semua.

Anonymous said...

Saya masih teringat lagi ketika PR menguasai Perak dan berlaku pula kemelut dalam pemilihan Menteri Besar. Akhirnya Nizar (PAS) terpilih sebab undang-undang Negeri Perak hanya akan melantik orang Melayu yang beragama Islam. Kalau diikutkan secara logiknya tentulah DAP yang sepatutnya memerintah sebab menang banyak kerusi dari PAS. Bila kita tengok senarai exco, ternyata sekali Nizar adalah boneka DAP.

Teringat pula saranan Mufti Perak supaya PAS bekerjasama dengan UMNO membentuk kerajaan campuran di Perak. UMNO Perak dengan rendah diri menyahut saranan Mufti Perak dan menurut kenyataan Dato Seri Tajol Rosli, mereka sedia bekerjasama dengan PAS dan sedia menerima (Nizar)PAS sebagai Menteri Besar. Kalau dilihat pada kerusi yang dimenangi ternyata UMNO yang sepatutnya mewakili kaum Melayu di Perak dengan 27 kerusi. Sementara PAS cuma 6 kerusi. Saya sangat tertarik dengan sikap rendah diri UMNO yang sanggup melantik PAS sebagai Menteri Besar asalkan DAP Kafir Harbi tidak dapat memerintah di Perak. Saya rasa sebagai orang Islam, kita patut ikut saranan Mufti Negeri Perak kerana ini untuk kebaikan orang Melayu.

Apabila Kerajaan PR tumbang, saya tengok orang PAS pula yang menentang habis-habisan dan sanggup menghina dan menderhaka kepada Sultan. Sedarkan mereka bahawa Sultan yang berkuasa melantik Menteri Besar. Sedarkah bahawa mereka hanya menang sorak kerana cuma menang 6 kerusi berbanding UMNO dengan 27 kerusi. Mereka telah mengkhianati bangsa sendiri dengan mengenepikan orang Melayu, sebaliknya memilih untuk bekerjasama dengan orang Kafir Harbi.

Saya mula terfikir, apa akan berlaku sekiranya Sultan melantik Menteri Besar di kalangan Kafir Harbi DAP? Bagaimana dengan kenyataan PAS terdahulu bahawa orang Islam tidak boleh memilih Orang Bukan Islam sebagai pemimpin. Sudah tentu para Ulama PAS akan mengeluarkan fatwa baru bila perkara demikian berlaku. Inilah yang dikatakan PAS sanggup menghalalkan cara asalkan sesuatu perkara berpihak kepada mereka.

PAS selalu melaungkan 'UNDI KAFIR JADI KAFIR' bila tiap kali pilihanraya yang melibatkan wakil bukan Islam dari BN? PAS sepatutnya lebih matang dalam berpolitik. Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah nampak kabaikan yang ditunjukkan oleh orang-orang PAS. Mereka sentiasa mengkritik apa saja yang kerajaan buat. Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Jambatan Pulau Pinang, Kereta Nasional Proton Saga dan banyak lagi ditentang habis habisan oleh suku-sakat keluarga saya yang berfikiran PAS. Di kalangan keluarga saya yang menjadi ahli UMNO sering menjadi mangsa fitnah PAS. Mereka suka mengadu domba dan menuduh orang UMNO tak faham Islam. Sebenarnya siapa yang tidak faham dengan Islam. Bila disuruh menjadi khalifah dalam sesuatu majlis, orang PAS mula beundur ke belakang. Sebaliknya orang UMNO pula yang mara ke depan menjadi imam.

Bukan itu saja saya sendiri menjadi mangsa cemburu orang PAS sebab kejayaan melanjutkan pelajaran ke Universiti. Saya masih ingat ahli keluarga yang cenderung kepada UMNO sentiasa memberi galakan dan menolong saya. Sedangkan ahli keluarga yang cenderung kepada PAS sentiasa ada benda yang tak kena. Mereka sindir-sindir sebab saya ambil SPM kali ke dua baru boleh masuk ke Universiti. Saya pun tahu apa masalah mereka dengan saya sebab saya bukan ahli UMNO dan tak pernah bercakap politik dengan sesiapa pun.

Baru baru ini Dato' Nik Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa melompat kepada PKR adalah mulia sementara melompat kepada BN adalah hina. Katanya bila orang UMNO melompat kepada PAS bererti dia sudah insaf dan kembali kepada asal. Dia memberi perumpamaan seorang anak (UMNO) yang sudah terlanjur bila sudah insaf dia akan kembali kepada ibu bapa (PAS).

Kelakar juga saya dengan kenyataan sedemikian sebab PAS adalah serpihan dari UMNO. Sepatutnya UMNO yang menjadi ibu bapa dan PAS menjadi anak yang sudah terlanjur.