Hasilnya ada bukti kukuh utk Khalid di dakwa. SPRM dah buat kerja. Bagus. Tak sia-sia 'Badan' naik taraf jadi 'Suruhanjaya'. Ini lah yang rakyat mahu, cepat dan tepat serta tanpa memilih bulu.
Cuma yang lembap betul adalah Jabatan Peguam Negara. AG masih teragak-agak. Apa problemnya AG ? Kalau semua DPP sibuk, amik saja peguam yang berkaliber untuk dakwa. Diluar sana ada Dt Shafee atau Kamarul Hisham yang boleh laksanakan tugas DPP dengan cemerlang. Cumanya AG kena pro aktif lah.
Berbalik cerita Khalid nerd, MB Selangor yang sedang membilang hari ini. Kes dia adalah Lembu korbannya dikawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang dibayar oleh anak syarikat PKNS. Kes kedua adalah pembayaran aksesories kereta Lexus peribadinya yang di 'claim' dari kerajaan Negeri.
Rakyat juga kini nak tahu legal fee peguam Khalid ini siapa bayar? Kerajaan negeri kah ? Anak syarikat kerajaan negeri kah ? Ada tokey bayar kah ? Atau sendiri bayar kah ? Khalid ini bab-bab claim kat orang ini cekap.
Khalid juga dah saman orang dua tiga kali. Soalan yang sama. Siapa bayar legal fee dia ? Untuk rekod, kalau stature dan kerumitan litigasi kes Khalid ini legal fee nya boleh menjangkau ratusan ribu ringgit. Mana ada lawyer buat kerja free untuk MB. Untung besarlah lawyer Khalid. Invesment yang berbaloi.
Be fair dengan Khalid lah. Salah ke kalau kerajaan negeri bayar ? Public fund digunakan untuk tujuan peribadi ! Salah tak ? Itu kerja SPRM lagi lah untuk siasat.
Cuma rakyat nak beritahu Khalid, wang kerajaan negeri ini bukan b**** dia punya. BerAmanah lah jadi MB. Jangan nak main balun saja.
Jadi MB ini beza dengan jadi MD. Kalau MB duit negeri adalah duit rakyat. Ada prosedur dan peraturannya. Amanah berat jaga duit ni. MB bertanggungjawab kepada rakyat yang berjuta.
Kalau MD, duit company kalau amoun kecil-kecil mudah nak claim. Kalau amoun besar, guna resolusi company maka duit boleh dilipat keluar. Boleh claim sana boleh claim sini. Tak timbul soal salah guna kuasa. Beza tadbir negeri dan company ni Khalid.
Mungkin Khalid rasa dia hebat dia berkuasa, tapi Allah itu Maha Hebat dan Maha Berkuasa wahai Khalid. Siddiq, Amanah, Fatonah, Tabligh - itu sifat Nabi. Rasuah dan salah guna kuasa - itu sifat Khalid nerd. Tepuk dada tanya Iman.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment