Sunday, February 1

Lompat itu Halal


Sah, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak akan tumbang pada bila-bila masa. Menurut sumber seramai 5 orang ADUN PR telah hilang kepercayaan kepada Nizar sebagai Menteri Besar.


Menurut sumber lagi kesemua mereka hilang kepercayaan atas kepimpinan Nizar yang tidak adil dan terlalu berat sebelah. Nizar dilihat sebagai ‘badut’ Dap dan tidak peka kepada saranan-saranan yang di buat oleh wakil-wakil rakyat ini.


Seperti mana Adun BN Bota , Nasaruddin ‘frust’ kerana tidak didengari oleh Tajol Rosli , begitu lah Adun-adun Pkr dan Dap ini yang juga dikatakan sangat kecil hati terhadap Nizar. Khabarnya juga mereka telah membentuk sekutu kecil terdiri dari 2 exco kerajaan negeri dan tiga Adun biasa.


Antara lain sunggutan mereka adalah , kebajikan mereka yang tidak dipedulikan oleh Nizar, samada dari sudut jawatan, peluang perniagaan dan konsesi kawasan balak. Mereka mendakwa, jawatan, peluang perniagaan dan kawasan balak hanya diberikan kepada Exco-kanan dan mereka yang rapat dengan Nizar sahaja.


Tambah mereka lagi, dari 10 kawasan balak yang diluluskan baru-baru ini, 8 darinya diberikan kepada ‘sekutu’ Exco Kanan Dap dan 2 diberikan pula kepada ‘sekutu’ Nizar.


Di Malaya memang hukum lompat parti ni adalah halal. Tiada peruntukan undang-undang yang mengharamkan lompat parti. Nak lompat ni tak perlu sebab.Tak ada sebab nak melompat dengan memberikan sebab.


Lompat ni adalah “art”. Art yang hendak ditunjukkan oleh orang yang melompat dan art yang nak dipamirkan oleh orang yang suruh lompat. Adun Bota contohnya nak tunjukkan dia ada art untuk melompat.


Dan Pak Sheikh pulak nak tunjukkan yang dia ada art nak terima lompatan. Macam mana dia buat itu tak kisah. Nak janji bulan dan bintang ker? Nak bagi jawatan ker? Nak bagi wang berjuta ker? Itu tak penting.


Itulah sebahagian resam politik Malaya yang dah merdeka lebih 50 tahun.



1 comment:

gotahlantun said...

SALAM,
MELOMPAT, ADA MAKNA DAN SEBAB,HENDAKLAH DISEGERAKAN LOMPATAN ITU.

TAPI BERHATI2 SEBAB KALAU TARGET LOMPATAN TAK KESAMPAIAN ALAMAT BERKUBURLAH JAWABNYA.