Sunday, February 1

Mengejutkan Harimau Tidur


Saya teringat beberapa ceramah Pak Hamdan Taha, Panglima Ezam, bekas Timbalan Ketua Pemuda Keadilan yang menyebut ‘cerita orang Umno dah jadi macam kambing’.

Umno dulu hebat macam harimau, perintah Malaya lebih 50 tahun. Namun bila kalah di 6 negeri, perangai orang Umno jadi seperti perangai kambing. Orang Umno nak pakai tshirt lambang Umno pun segan, nak menghunus keris memang lah dah tak berani. Dah tak pandai mengaum, sentiasa mengembek pulak.


Penghijrahan ADUN Bota Nasaruddin Hashim ke PKR ada hikmahnya. Hikmahnya, dia telah mengejutkan Harimau yang sedang tidur. Harimau tersentak dari tidurnya. Dan bingkas lalu menerkam. Sudah semakin nampak kukunya yang semakin tajam.


Kalau undang-undang rimba yang dilaksana oleh PKR, nape lak Pak Sheikh kalut tak habis-habis. Kata itu tak boleh, ini rasuah! Waktu kamu pujuk Nasaruddin dengan menjanjikan bulan dan bintang tu kamu fikir itu rasuah? Ker memang kamu double standard jugak ?


Kamu nak orang lain bersikap “sivil” sedangkan pengangan kamu adalah undang-undang rimba. Kamu menghalalkan apa juga. Kuasa itu niat kamu. Matlamat menghalalkan cara itu cara kamu.


Hikmah kedua adalah ‘pemecatan’ Tajol Rosli. Dah patut lama pun MB lama ni letak jawatan. Namun itu ler problem Umno, susah orang yang naik nak turun walaupun dah kalah. Orang macam ni elok di tunjukkan pintu, sebab dia tak jumpa pintu nak keluar. Dalam hal ini Khir Toyo lebih tertib. Dia letak jawatan atas pertanggungjawaban kekalahan BN di Selangor.


Tindakan berani Ds Najib memimpin Perhubungan Negeri Perak, ini lah yang lama dinantikan oleh khalayak Umno. Tak lama sentuhan Najib. Pokok dah mula berbunga. Minggu depan pokok ni akan berbuah. Memberikan yang hak kepada orang yang berhak.


Mb Nizar, Exco bersepupu Nga dan Ngeh kian nampak pucat lesu kerana tak sempat nak puaskan nafsu dengan CAMRY sikereta baru.

2 comments:

Harimau-Menaip said...

Ingat mana punya Harimau.

Betul Tuan. Sekarang orang makin bangga dan berlagak pakai baju PKR atau PAS atau DAP. Zaman Mahathir, kecut telor nak tunjuk logo pembangkang.

kingpahat said...

hehehehe HARIMAU CONVERT KAMBING.Kambing ader market time raya korban.