Thursday, February 19

Perak Speaker Undermined Democracy

Perlembagaan merupakan Undang-undang yang paling tinggi dalam sesebuah negara atau negeri. Perlembagaan lebih tinggi dari Akta atau Enakmen atau Ordinance atau Peraturan Tetap DUN atau undang-undang subsidiary.

Dalam prinsip pengasingan kuasa (Separation of Power) ada tiga cabang dalam pemerintah sesebuah negara iaitu : 1. Legislative - bertugas untuk buat undang-undang. 2. Eksekutif - bertugas sebagai Pentadbir dengan membuat dan melaksanakan dasar pemerintahan negara. 3. Judiciary - bertugas untuk mentafsir undang-undang.

Dalam sesebuah negeri yang melaksanakan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, yang paling berkuasa ketika krisis pemerintahan adalah Raja. Raja kena pastikan negeri nya aman dan sentosa.

Menurut Perlembagaan Negeri Perak, kuasa untuk melantik Menteri Besar adalah kuasa DYMM Sultan Perak. Ini kuasa mutlak Baginda. Keputusan DYMM Sultan wajib dihormati oleh sesiapa jua waima Perdana Menteri, Menteri atau Speaker DUN.

Dalam kes Negeri Terengganu dan Perlis selepas PRU 12 contohnya, apabila Presiden UMNO mencadangkan DS Idris Jusoh dan DS Shahidan Kassim menjadi Menteri Besar, cadangan ini telah di tolak oleh DYMM Sultan negeri-negeri berkenaan.

Sebaliknya DYMM Sultan telah melantik orang lain yang juga ADUN sebagai MB. Ini kuasa penuh Sultan. Maka terlantik lah orang itu sebagai MB. UMNO tidak pertikaikan kuasa Sultan. UMNO patuh dan menjunjung titah sultan ini.

Malangnya kuasa DYMM Sultan Perak dalam hal ini telah tidak dihormati malah dipertikaikan oleh parti-parti pembangkang DAP, PAS dan PKR. Yang terbaru adalah kerenah Speaker yang telah menyalahgunakan kedudukannya.

Apapun keputusan Speaker DUN Perak menggantung keanggotaan Dr Zamry dan 6 Exco yang baru dilantik tidak mempunyai apa-apa implikasi kepada kuasa eksekutif MB dan Exco kerajaan negeri yang baru.

Langkah Sivakumar lebih akan memencil peranan DUN yang kini boleh digelakkan oleh anak-anak Tadika Perpaduan.

Selain dari itu perbuatan Sivakumar adalah tidak sah kerana dia telah bertindak melebihi kuasanya sebagai Speaker DUN. Dia tidak ada kuasa tanpa persidangan DUN. Kuasa dia hanya ketika menjadi pengerusi mesyuarat DUN. Dia tidak ada kuasa eksekutif. Dia telah bertindak ultravires dengan Peraturan Dewan sendiri apabila dia buat keputusan di luar dari sidang DUN.

Speaker juga harus faham Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Ahli Dewan. Yang boleh menggantung Ahli Dewan adalah persidangan Dewan itu sendiri. Maknanya Dewan tidak mempunyai kuasa kecuali pada waktu persidangan Dewan. Itu pun dalam aturcara Dewan sahaja.

Siva menyedari bahawa kedudukan kerusi di DUN Perak sekarang adalah BN 28 + 3 = 31 Vs PR 28 - 1 = 27. Sebagai Speaker Siva tidak boleh mengundi kecuali jikalau ada keputusan seri dalam mana-mana undian.

Siva tahu, riwayat dia sebagai speaker akan berakhir dengan perlantikan speaker baru oleh Kerajaan BN bila diadakan sidang Dewan. Jadi dia kena buat 'kacau' untuk pastikan dia boleh kekal sebagai Speaker walaupun perbuatannya itu akan digelakkan oleh kanak-kanak smart reader.

Tingkah laku Siva juga telah menderhaka kepada DYMM sultan apabila dia membuat keputusan menggantung Dr Zamry dengan alasan Dr Zamry di lantik secara tidak menurut Perlembagaan. Ini sikap yang jelas lagi bersuluh pemimpin PR yang sentiasa 'anti establisment'.

Siva walaupun dia seorang peguam tetapi dia tak faham Perkara 16 (b) dan 18 (b) Perlembagaan Negeri Perak. Itu sebabbya dia sebagai Speaker pun buat keputusan yang amat celaru.

' No body above the law, including Sultan' kata Karpal Singh. Kita bersetuju itu dan termasuk Speaker juga subject to Law. Siva boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana menyalahgunakan kuasa.

Dengan majority yang dimiliki oleh BN, Dr Zamry wajar menyingkirkan Siva dari kerusi Speaker.

MB baru Perak ini perlu mempunyai 'Legal Team' yang mampu cepat dan tepat untuk menasihati beliau untuk membuat keputusan yang betul untuk negeri Perak berdasarkan Perlembagaan dan Undang-undang yang ada.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: