Bermula dengan Exco Kerajaan Negeri Kedah yang juga Adun PKR Bukit Selambau. Arumugam yang tanpa angin dan ribut telah meletakkan semua jawatan politiknya termasuk sebagai Adun.
Berita yang tersebar luas adalah Adun PKR ini telah bersekedudukan dengan seorang wanita sehingga mempunyai seorang anak. Beliau kini telah 'melarikan' diri dari wartawan dengan keluar negara berehat.
Berita kedua tentang seks juga ahli politik PKR. Kali ini di Selangor, Adun PKR Pelabuhan Klang.
Dia dikatakan telah 'ditangkap basah' oleh isterinya sendiri di sebuah hotel di Pelabuhan Klang. Namun isu itu telah diselesaikan secara baik bila isterinya tidak membuat lapuran polis atau lapuran kepada JAIS.
Tanpa diduga sama sekali kita kemudiannya diletupkan dengan cerita gambar bogel seorang EXCO Selangor. Juga Adun PKR. Pelik. Kenapa PKR saja? Mari kita dalami.
Tanpa kita duga juga kali ini seorang pemimpin PKR wanita yang berjawatan kanan Ellizabeth Wong. Ketua Penerangan Wanita PKR Pusat. Tanpa disuruh, dia mengaku itu gambar bogel dia. Secara sukarela. Tak siapa paksa dia.
Dia tak merasa bersalah malah dia rasa bangga mempertahankan hak privacynya sebagai seorang wanita termasuk hak untuk membogelkan dirinya. Dia kata dia jadi mangsa membocoran privacy. Semua Exco Wanita pertahankan dia. Pertahankan YB, Yang Berbogel.
Rupa-rupanya gambar Adun PKR ini yang tersebar di media alternatif bukan sekeping malah berkeping-keping. Polis mengesahkan ianya termasuk dalam bentuk cakera padat CD.
Mesti banyak tu dan dengan pelbagai aksi ! Adegan panas ada ke? Adegan-adegan ini paksa rela atau rela paksa? Aduh.
No comments:
Post a Comment