Adun Bukit Lanjan ini begitu 'gentle women'. Dia ingin meletakkan jawatan, semua jawatannya. Surat pun difakskan nya ke Pejabat Menteri Besar. MB pun umum perkara ini.
Namun beberapa jam selepas itu, Anwar Ibrahim ' the spiritual leader' PKR telah membuat reverse isu bogel ini. Dia kata dia telah menasihatkan Elli untuk berehat. PKR membatalkan hasrat Elli untuk meletakkan jawatan sebagai Adun. Ini pertimbangan politik namanya. Kena tarik handbreak kerana dah ada dua PRK. Kalau tiga sekali gus mungkin banyak sangat. Nanti tak terbawa.
Siapa jadi dalang ? Terjawab apabila pasangan Elli adalah seorang pemuda Melayu Islam. Dia adalah Ketua AMK PKR Petaling Jaya. Dia juga aktivist masyarakat di UBU. Selain dari itu dia bekerja sebagai pegawai peribadi MP PKR PJ Selatan. Sah ini sendiri bikin. Suka sama suka. Tak ada orang jadi dalang.
Ada yang berpendapat kes Elli dan pasangan nya Helmi Malek ini cuma ' tips of the iceberg '. Betul ke ? Ada yang pula mengaitkan Elli ada beberapa boyfriends sebelum ini termasuk Mat Salleh dan seorang Ahli Parlimen. Ada pula yang cuba memancing Tian Chua. Tien marah dan beri amaran akan ambil tindakan undang-undang.
Kenapa MP Batu ini melenting apabila dikaitkan ? Tien biasanya sangat mesra dengan media. Tapi kali ini media di serang dan diberikan amaran oleh Tien. Antara yang sudah terkena oleh Tien adalah wartawan The Star dan Agendaily.
Ada apa-apa ke Tien? Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Tian Chua adalah orang lama dalam PKR dan gerakan Reformasi di Malaysia. Beliau pemimpin kanan PKR yang berjawatan Ketua Penerangan PKR pusat. Kalau betul ada hubungan maka bersedia lah untuk PRK yang seterusnya. Kali ini bukan di Bukit. Tetapi di Batu !
Muktamad - Elly mahu letak jawatan, kenyataan media yang di fakskan oleh Elly kepada semua media. Sah ada PRK di Bukit Lanjan. Speaker Teng, tunggu apa lagi ! Maklumkan lah kepada SPR kerusi itu dah kosong. 'Yang Berbogel' PKR Elly kini membawa diri berehat ke luar negara.
Apa nak jadi ahli politik kita ? DP Vijanderan, gentlemen. Dia letak jawatan. Chua Soi Lek juga gentleman, dia pun letak jawatan.
Tetapi dalam PKR kenapa ada yang tak bagi Elly letak jawatan ? Adakah politik seks itu, the way forward di Malaysia? Itu trend nya dalam PKR? Cerita seks Elli cuma tips of iceberg ? Ada yang cuba di sembunyikan ke?
Someting wrong somewhere lah. Dah jadi budaya parti ke?
Adegan ini baru bermula ke ? Panjang lagi rupanya ! Lepas PRK di Batu di mana pula ? Di Ijok dan Bandar Tun Razak ? Apa citer nya ? Citer rasuah pula ?
Oh ya, apa khabar PAS. Masih mahu bersekongkol dan bersubahat ? Kerana kuasa ana turutkan sheikh. Tepuk dada tanya Iman.
1 comment:
itulah reformasi dalam anuarisasi dek... kalau anwar jadi PM...syoknya!!!!!!!!
Post a Comment