Sunday, March 15

1 tahun yang korup

Seorang ahli fikir Inggeris ada menyebut "Power is corrupt, absolute power will corrupt absolutely." Even little power have corrupt very quickly.

Pepatah pepatih ini sangat sesuai untuk 1 tahun kerajaan PR (Pkr, Dap dan Pas). Rasuah dan salahguna kuasa seakan suatu perjuangan dikalangan MB dan Exco PR.

Pertama, walaupun Khalid nerd ada menyebut berbulan-bulan dahulu bahawa ahli Exco dan Adunnya akan mengistiharkan harta. Namun sampai sekarang ianya masih terkial-kial. Walaupun sudah lebih setahun memerintah.

Dalam Titah ucapan perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri, DYMM bertitah perlunya barisan Exco mengistiharkan harta masing-masing. Barulah Khalid bergegas mahu berbuat demikian. Apa masalahnya Khalid ? Cakap mudah, bila kena batang hidung sendiri banyak alasan !

Keduanya, semua orang tahu bagaimana peristiwa kutipan wang sambutan 100 hari PR di Selangor dulu. Dikatakan pejabat MB telah mengutip wang dari pihak-pihak berkenaan. BPR masuk menyiasat. Khalid buat U turn, kata pegawai khasnya yang buat kerja, MB tak tahu aper pun, menurutnya.

Pegawai khasnya jadi mangsa dan telah lucutkan jawatan. Berlaku insiden krisis dalaman PKR, sehingga Ust Badrol Amin (yang masuk ISA kerana Anwar) terang-terangan amat kecewa kerana ahli reformis yang berjuang menubuhkan parti telah diketepikan apabila parti berkuasa.

Ketiganya, masih ingat lagi kisah Lembu. Kisah lembu adalah mengenai pembelian lembu oleh kerajaan khalid untuk tujuan korban. Saya tak tahu fatwa mana yang khalid pakai mengenai lembu korban yang dibiayai oleh anak syarikat kerajaan negeri untuk tujuan individu.

Dia gunakan duit anak syarikat negeri untuk beli lembu korban. Lembu tu pulak "dilarikan" ke kawasan Parlimennya di Bandar Tun Razak. Bolehkah wang SIC anak syarikat PKNS digunakan untuk tujuan seperti ini di luar negeri Selangor? Prosedur kewangan mana yang Khalid pakai?

GERAK pun buat lapuran ke SPRM. SPRM gelidah pejabat SIC. SPRM umum ada bukti kukuh.

Kemudian terdengar pulak lapuran Gerak mengenai kereta Lexus Khalid. Khalid sebut proton tak selesa. Khalid hina rakyat yang kebanyakkan pakai proton.

Itu sebabnya dia beli Lexus. Kalau Harrier tu dah mewah, Lexus lebih mewah. Khalid kata dia beli kereta itu cash, pakai duit dia. Itu kereta dia.

Isunya bukan mengenai beli cash pakai duit sendiri. Tetapi mengenai dia yang tambah cermin gelap dan tukar sport rim kereta itu. Dia hantar tuntutan aksesori Lexus ini ke Pejabat Kewangan Negeri. Dia pun dapat lah duit aksesori itu.

Soalannya bolehkah seseorang kakitangan kerajaan seperti MB buat tuntutan aksesori kereta yang bukan kereta rasmi dari kerajaan negeri. Jawapannya tentu tidak boleh. Bukan kah ini salah guna kuasa ?

SPRM pun siasat. Sah ini abuse of power. SPRM umumkan dia ada bukti sahih kes Lexus ini.

Yang seterusnya mengenai pembaziran membelian kereta camry. Ini melibatkan jutaan wang rakyat. Mereka kata proton itu tak selesa. Itu sebabnya mereka nak kereta yang selesa tapi guna duit rakyat untuk keselesaan mereka.

Camry ini bukan sebarangan camry, tetapi kereta yang dilengkapkan dengan aksesori terkini dan tercanggih. Itu semua duit, ya guna duit rakyat untuk kesenangan dan kemewahan pemimpin.

Maka makna satu tahun pemerintahan Parti Pembangkang di Selangor adalah pentadbiran kerajaan negeri yang pro pembaziran, korup dan salahguna kuasa.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Anonymous said...

Kami di Selangor pun tak rasa apa2 perubahan malahan bertambah teruk dan sangatlembab.Mb lama kalau makan pun Selangor maju tetapi mb sekarang pun makan juga tapi Selangor tak bergerak.Penyokong2 PR mesti puji kerana dah malu sendiri.

Anonymous said...

aku dah rasa aku menyesal lah. betul2 menyesal. selangor tak jadi apa. apa2 kemajuan pon takde, yg susah masih tetap susah.